Skip to main content

surat untuk mu sayang..~~~

salam....



Ayang selama 5 tahun kita kapel, tiap-tiap tahun ayang mintak clash ngan kita. Kita tahu rupa kita memang la tak hensem macam orang hensem tapi hati kita jujur dan ikhlas macam orang baik-baik (Biar la kita sembahyang tak cukup pon).




1. Dulu masa mula kapel, ayang pernah cakap kat kita ayang hanya akan tinggalkan kita kalau kita curang ngan ayang sebab ayang memang xleh nak berkompromi dengan lelaki curang. Lepas tu kita tekad tak akan curang dengan ayang sebab kita takut ayang akan tinggalkan kita. Memang dalam hati tu nak jugak rasa curang cket2. Mau tak nya, kalau hari-hari 10 minah kat facebook duk “hai…” nak gak rasa balas “Hai…” balik…



Tapi sebab ayang kita klik tanda pangkah….



Tapi…



- Bila ayang chat dengan lelaki lain kita tak pernah pon marah…ayang kata kawan je..bukan ayang nak gedik-gedik pon dengan dia..kadang-kadang kita pulak yang ayang marah sebab kita merajuk bila ayang chat dengan lelaki lain. Kenapa kita kena marah?



2. Kita bagitau mak kita pasal ayang, kita bagitau nama betul, kita describe yang baik-baik je tentang ayang kat mak kita…mak kita pon senyum tak sabar-sabar nak tengok muka ayang yang macam penyu tuh…



Tapi….



-Ayang bagitau kat mak ayang kita orang JAWA(Keji sangat ke kalau orang JAWA?) salasilah keluarga kita dari INdonesia. Pahtu ayang cakap kat mak ayang, kita ni kulit gelap..eh silap..ayang cakap kita hitam gile kat mak ayang…



-Ayang describe lagi…kita ni bukan sahaja hitam, gemuk pulak tu…padahal ayang tu yang kurus kering kita gempal je…tu tanda sihat. Mak ayang pon terbayang, jawa + hitam + gemuk = kita . waaaa…baik ayang cakap je kita mat bangla lagi ok dari tu kan…



3. Dari mula-mula kita nak ngorat ayang, kita tak miss pon mesej ayang setiap hari sampai hari ni. Kita mesej ayang bukan kerana terpaksa nak mesej ayang, kol ayang…tapi memang dah xde perempuan lain dah yang nak layan kita sebab kita JAWA + HITAM + GEMUK mana ada perempuan nak kat kita….



Kadang-kadang kita saja je nak tengok ayang, nak uji ayang kalau kita kurang mesej… ayang mesej kita tak…



Tapi….



-Ayang marah kita,ayang merajuk dengan kita cakap kita dah tak sayang ayang sebab makin kurang mesej dengan ayang…Habis tu dah tahu kita kurang mesej ayang kenapa nak tunggu jugak mesej kita?? Ayang mesej la kita dulu kalau macam tu….Kita nak uji ayang je..tapi kita kena marah lagi….



4. Kalau kita pegi mana-mana ayang mesti pesan sebelum pergi dan setelah selamat sampai jangan lupa kol bagitau….



Tapi…



-Ayang kol kita hari ini cakap minggu lepas ayang balik kampung dah selamat sampai ke kg dan selamat pulang dah pon ke KL….Kalau macam tu baik ayang kol balai bomba je bagitau,biar operator tu maki ayang…kalau kita maki nanti kita kena maki balik dengan ayang.



5. Dari dulu sampai sekarang kita tak pernah hampakan permintaan ayang…cuma dah 4 kali kita merayu kat ayang supaya tarik balik permintaan untuk putus dengan kita..



Tapi…



-Minggu lepas ayang mesej kita mintak putus untuk kali ke 5 selepas 5 tahun, kita tak suh ayang tarik balik permintaan tu, jadi kita stuju dengan permintaan ayang sebab ayang kata “u stuju ke tak i tetap nak putus” waaaaaaaaaaaa……



Walaupun kita dah putus dengan ayang, kita tetap mesej ayang hari-hari…bangun tido kita mesej,nak tido kita mesej, nak pergi mana-mana pon kita bagitau walaupun SIM CARD tu sebenarnya ayang dah campak dalam kolam ikan keli…




kredit to : http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=47465

Comments

  1. xda la... ni kawan ak nyer cerita2.. ak just share2 jer.. apa2 pn cerita ni agak sedih... thank... :)

    ReplyDelete
  2. aku suka cite ni sbb hampir macm kisah aku jer...hahahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Telinga Tersumbat ? ?... hilang nikmat!!

Semalam selepas berbuka puasa saje tengok2 barang kat almari kabinet dapur umah tgk apa yang ada. Then terjumpa putik kapas dlm plastik. Ada la dalam 5, 6 batang. So tetiba tangan ni terasa gatai la plak nak mengorek telinga. Bila ingat2 balik last korek rasa nya setahun yang lepas..kuikuikui. :-P. Jadi tanpa membuang masa ak pun terus la menerjah ruang dalam telinga kanan ak dengan putik kapas tersebut. Masuk sebatang rasa bangga jap. Yer lah tgk sisa2 tahi telinga yang melekat kat putik kapas tersebut banyak kau.. Yela dh stahun tak korek kan.. Haha... Lepas tu ak masuk lagi sebatang n then tetiba telinga terus senyap. Berdengung je. Dengar bunyi pun mcm dengar tak dengar je.   ( putik kapas xelok korek telinga ) Ah sudah ak, korek punya korek lagi tak jalan jugak. Letak air pun xjalan. Hati dah risau takut jadi pekak. Xnak la muda2 lagi dh pekak. Dh la nak kawin xlama lagi. Xpasai nt org ckp pengantin baru pekak......hah! Tak nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! Malam tu terus

Cuci Telinga Tersumbat? Kembali Nikmat? bhg.1

Assalamualaikum W.B.T Ya Allah lama sungguh tak kemaskini blog ni. dah hampir 4 tahun. mesti dah beranai -anai gamaknya..  setiap kali masuk bulan puasa je mesti post aku pasal Telinga Tersumbat?.. Hilang Nikmat?? akan naik balik.. haha rupa - rupanya masih ramai lagi mengalami masalah yang sama dengan aku kot..  aku jadi syok balik bila ramai yang komen2 pasal telinga mereka yang tersumbat, nak buat macam mana, dah la puasa.. batal ke nanti dan so on...  terasa "di hargai' pulak bila orang duk komen2 minta pendapat seolah - olah aku ni 'pakar' dalam bab itu, hakikatnya aku pun noob jugak sebab bukan bidang aku tu.. tapi aku melayan sahaja sebagai kawan2 dan sebagai manusia yang pernah sebaris mengalami masalah yang sama :D  untuk post kali ni julung - julung2 kali nya aku nk buat 'survey' ada tak yang nak tau cara-cara kita cuci telinga yang tersumbat sendiri? supaya kembali bernikmat sendiri? alat apa nak guna? berapa kos dan sebagainya?  kala

Pengucapan Awam .. Public Speaking

Salam… ni adalah pengalaman ak yang ak nk kongsi semasa ak menghadiri kursus induksi di akademi audit di nilai bulan 2 aritu.. antara bnyak2 tajuk ak sengaja memilih tajuk ni sbb ak rasa dekat di hati, lagipun ak suka buku2 motivasi ni, so bila dekat di hati.. senang lah kita nk cari point n laksanakan tajuk yg diberi dengan jayanya..insyallah… Tapi ak mgaku gak r tajuk ni susah.. sbb hanya org yang boleh mendalami maksud tersirat je boleh cari point..kalau tak kelaut lah… hoho.. apa yang penting adalah buat research sebaik mungkin.. sekarang ni semua maklumat di hujung jari je.. senang je kan… Antara yg ak buat ialah mendengar pemidato2 negara yg hebat.. pelajar2 Universiti yag banyak je videonya dalam internet, dan dari situ kite boleh cedok sedikit sebyk idea yg MANTOP!! Dri mereka. tajuk yang ak pilih ialah… Menyelami komunikasi minda, jika sesiapa nk copy or guna utk buat pengucapan awam dipersilakan.. tapi sila link semula ke blog sy yer.. tq. . ~MENYELAMI KOM