23 July 2013

Telinga Tersumbat ? ?... hilang nikmat!!

Semalam selepas berbuka puasa saje tengok2 barang kat almari kabinet dapur umah tgk apa yang ada. Then terjumpa putik kapas dlm plastik. Ada la dalam 5, 6 batang. So tetiba tangan ni terasa gatai la plak nak mengorek telinga. Bila ingat2 balik last korek rasa nya setahun yang lepas..kuikuikui. :-P. Jadi tanpa membuang masa ak pun terus la menerjah ruang dalam telinga kanan ak dengan putik kapas tersebut. Masuk sebatang rasa bangga jap. Yer lah tgk sisa2 tahi telinga yang melekat kat putik kapas tersebut banyak kau.. Yela dh stahun tak korek kan.. Haha... Lepas tu ak masuk lagi sebatang n then tetiba telinga terus senyap. Berdengung je. Dengar bunyi pun mcm dengar tak dengar je. 

 ( putik kapas xelok korek telinga )

Ah sudah ak, korek punya korek lagi tak jalan jugak. Letak air pun xjalan. Hati dah risau takut jadi pekak. Xnak la muda2 lagi dh pekak. Dh la nak kawin xlama lagi. Xpasai nt org ckp pengantin baru pekak......hah! Tak nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!
Malam tu terus xjadi nak p terawih bila telinga dh jadi mcm tu. Lepas solat isyak terus keluar g farmasi beli ubat 'ear wax' atau ubat cair taik telinga. Xpasal terbang rm9.00 beli ubat nih. Xmahal mana pun. Boleh la. Brand SOLIWAX EAR... Buatan INDIA.
 

So balik umah terus ak try titis ubat tu kat telinga. Titis dalam 5-10 titis n biar selama 15-10 min. Lagi lama lagi baik sebab nak caik taik telinga keras. Bak kata instruction kat kotak tu lah kan. So bila dah cukup waktu ak cuci lagi telinga guna air suam. Titik guna kapas 2,3 kali. Tapi telinga tetap jugak tersumbat. Aduh... Risau mula datang balik. Mujurlah ak guna phone sebelah kiri, so xmerencatkan sangat la bila nak jawab call. Malam tu telepon cik tunang, dia suh p klinik esok check telinga. Aduh esok pose, sayang pulak nak batalkan. Tgk la kot bangun2 pagi esok mana tahu dh elok kan. So tido malam tu dgn mengharapkan esok bangun pagi2 terus telinga kanan elok dan dengar semula... Huhu.....

Esok bila bangun pagi nak g keje telinga tak elok jugak. Tapi still pegi keje seperti biasa. Dari rumah ke tempat keje bawak motor. Jadi bila berenti kat traffic light kepala rasa bengong jap. Bunyi lori kat sebelah kanan pun xdengar dengan jelas. Sampai kat ofis sembang dengan bos dengar tak dengar jugak. Xleh jadi ni kena cari klinik jugak. So ak online cari cara2 penyelesaian nak hilangkan telinga tersumbat. Terjumpa la beberapa blog pasal masalah sama. Kat blog tu bagitahu suruh tutup hidung, mulut dan telinga. Kemudian hembus angin. Nanti tersumbat tu akan hilang. Ak try la beberapa kali tapi xjalan jugak. 

Ak pun try search klinik pakar ENT kat Terengganu ni. Terjumpa satu n memang nak pergi dh ni. Kemudian ckp dkt kat bos. Bos suruh g klinik kerajaan je. FREE je xyah bayar katanya. Sekejap je. So ak pikir2 balik kalu g klinik pakar ENT nak tak nak terbang jugak seratus dua nih. Kalu klinik kerajaan free je. So dlam kul 10 ak keluar ofis p klinik jap. Sampai2 je terus bagi IC n cakap nak no. Staff. Tggu punya tunggu ada la dalam 30 min baru panggil no ak. Staff kaunter minta maaf sebab cari kad tak jumpa. Padahal awal2 lagi ak dh ckp xpernah datang. Mungkin ak ni staff so dorg nak mintak maaf bagai. Ak ok je xde hal nk marah2 org nih. 

Dlm 2 minit tunggu, doctor pun panggil masuk bilik. So ak cakap telinga tersumbat sebelah kanan sebab korek guna putik kapas. Doctor check telinga kiri dan kanan. Dia kata kiri banyak tahi dan kanan tahi keras. Malu??... Xpun.. Buat apa nak malu sebab telinga mmg xelok di korek nak2 dengan putik kapas. Nt tersumbat. Jadi mcm aku.... B-). Doktor bagi 2 pilihan nak titis ubat cair taik telinga dulu ke nak terus g cuci telinga. Kalau cuci telinga dia ckp pose aku boleh batal. Hoho.. 

Takpelah doktor, batal pun batal la. Asal telinga ak boleh dengar semula sudah. Hah tergelak doktor jap ak ckp gitu.  So dia suruh g cuci telinga. Ak terus ambik kad n p letak dlm bakul kat bilik cuci telinga. Bila staff nurse panggil nama ak, dia terkejut sebab ingat kan kanak2 tapi dh bapak org dtg nak cuci telinga. Hahaha... Ak selamber je ler... Sebab telinga dah tersumbat. Hehe.. So nurse tu sediakan satu 'ear syringe' dan cecair serta bekas utk tadah lelehan air cuci nanti.
Gambar cuci telinga. 

(doktor tengah cuci telinga pesakit)

Kemudian nurse tu suruh ak duduk atas kerusi dan pegang bekas kat bawah telinga. Dia plak ambik alat mcm picagari besar n sedut cecair cuci taik telinga. Bila dia sembur je cecair tu kat dalam telinga ak,  mula2 ras geli n lama kelamaan best plak rasa. Lepas abis je keluar segala taik telinga, hilang terus tersumbat tu. Alhamdulillah syukur YA ALLAH dapat balik nikmat mendengar... Terasa kuat iman ak jap. Membebel nurse tu sebab byk taik telinga..haha ak selamba je ckp ye lah setahun xkorek memang la... Kehkehekeh...  

Ak pun ckap la... Alang2 dah cuci sebelah kanan ni puan, cuci lah sekali sebelah kiri..  lagi membebel dia sebab belah kiri lagi banyak taik telinga siap meleleh leleh lagi.. Hahahhaa... Xde masa eh nak malu2.. Buat selamba2 sudah. B-) 

lepas abis cuci telinga terasa luas2 je telinga, bak kata org dengar semut berjalan pun dengar.. Hehehe

Bila pikir balik, best juga rasa cuci telinga ni, mcm nak dtg selalu je. Kemudian masuk balik bilik doktor, doc check telinga balik. Semua dah clear dah. Alhamdulilah.

Mujur ak xpergi klinik ENT lagi, jimat duit aku... Hihi
Sape2 yang xpernah cuci telinga tu elok la pergi yer... Xrugi pun. Utk diri sendiri jugak. Asalkan FREE.... 

P/s: sapa nak try cuci telinga sendiri blh tgk kat sini..  ;-)

09 July 2013

Oh! Anak.... alahai Ibu dan Oh! Bapak..... Silap Siapa Kah??


dalam 3 minggu lepas ak berkesempatan melancong sekejap kat pinggir kota. alah  tak jauh mana mana pun.. ROB je.. 

menatang apa tu ROB?? Republik Of Besut la... (ntah mcm mana la terkeluar republik tu.. planet asing baru jumpa ke apa nih..~~)

di ROB ni ak datang buat keje, kat Pejabat Gigi Jerteh. adalah dalam 2 minggu gitu. nak menghabiskan saki baki kerja yang jauh2 dulu sementara nk masuk bulan puasa tahun ni.. boleh buat yang dekat2 pulak nanti.

so, kat sana ak stay la 2 tempat, minggu 1 ak duk Hotel One Utama betul2 duk tengah bandar dan minggu ke-2 pula duk Demong Beach Resort.  Pada ak ok la. harga boleh tahan dan berpatutan. (details nanti ak cerita di entry lain). 

kerja.. biasa la semua ada stress, penat lelah dengan peraturan baru, masalah dengan pihak staf lagi mcm2 la. tapi sebagai org yang di pertanggung jawabkan dengan kerja tu.. kita rilek2 sudeh la... mcm ada satu lagu tu.... 


rilek brader, brader rilek... rilek la............... mcm tu lah lebih kurang kan. 

so, after hari last tu ak tumpang la kereta bos ak untuk balik rumah di Kuala Terengganu. bos ak ni pempuan. ok je pada aku,tapi yang tak tahan nya dia ni jenis cerewet sikit, keras kepala dan kawan baik dia 'suka melawan' tu mmg tak boleh di pisahkan... (saje mengata jap)..kehkeh.. 

Jarak ROB dengan KT ni ada la dalam 2 jam lebih kurang. biasa outstation ak balik dgn dia je. tapi hari tu laki dia datang ambik dgn bawak kete baru Saga FLX SE 1.6. ak ok je tak der masalah nek je.. ak dgn bos dan laki dia mmg dah kenal siap ak panggil 'akak' n 'abang' lagi untuk lebih mesra. tak la nampak terlalu formal.. 

so dalam perjalanan tu kiteorang sembang biasa2 lah pasal keje, pasal org2 sekarang.. budak2 zaman sekarang ni..mcm2 lagi la... oh ye pasangan ni ada 2 orang anak lelaki. dan bos aku ni isteri ke-2 laki dia. 

masa laki dia duk drive tu ada ternampak incik2 polis duk tahan lori - lori yang lebih muatan kot jalan OTW nak balik KT. so ak dgn laki dia saja la sembang2 pasal polis punya perangai ni... 

A = ( laki bos aku).

aku : alah bang, biasa la polis sekarang, silap sikit nak tahan org. saja nak kutip balik duit BRIM la tu.. 

A : ye doh tu. nak kutip balik duit BRIM. saman sana sini. Kamera AES lagi dan lain2 lah. 

aku : polis bkn semua jujur bang. majoriti 99% ambik rasuah. tapi tak semua la. 

kemudian ak citer pasal kawan ak . ada 1 hari tu dia balik keje lalu satu jalan. terlupa nk pakai tali pinggang keledar. kat depan tu ada roadblock. sah2 dah tak sempat. jadi polis tu tanya nk kena saman ke nk sattle luar. klu saman makan 300 gak ni. so kawan ak ckp sattle luar la en. polis tu tanya kwn aku berapa dia ada? 

kebetulan dia bwk 30 hinggit je dalam beg duit dia, siap tunjuk lagi kat polis tu. so polis tu ckp la ok.. nt ko keronyokkan sikit duit tu, ko jalan dlm 3 meter ko buang atas jalan raya. nt ak ambik. 

lepas je mmber ak buang, mmg sah dia ambik. 

( ni kwn ak citer bkn ak punya kess)


A : iye... sama juga kalau org makan pil kuda. sekali dah kena memang payah nak tinggal dah. selagi dia tak dapat apa dia nak abis lah punah jahanam dia kerjakan. bab kete rumah. asal dia nak dapat kan.. sebab dah jadi darah daging dia kan. 

aku : err... betul la tu kot.. budak2 zaman sekarang kan... 

( masa ni ak dah rasa lain mcm, dengan nada laki bos ak mcm pelik je. terlebih semangat nk berkata2... ak mcm dpt mengesan akan terjadi perbalahan antara mereka).. 

rupanya betul.. 

dorg laki bini gaduh la pasal anak dorg tu... 

bos ak senyap je la.. malas nak melawan. 

aku kat belakang iye kan je apa yang laki dia cakap.. 

A : tgk la anak kita tu ada 2 org tak tahu nak jadi apa.. sorg main pil kuda dah berapa kali masuk lokap. dulu dah janji tak nak buat dah. alih2 kuo main balik. beli motor jual motor. satu kat balai polis tak ambik2.. 

ish tak tahu la apa nak jadi.. awak ( bos aku) tak patut manjakan anak tu sangat. tgk anak dah tak reti nak berdikari. nak minta kereta bagi kereta. dlu janji dah ada kete nk keje. lepas dapat kereta tak keje2 jugak. sikit2 nak minta duit. nak keje tu malas. 

rim kete elok2 nak tukar rim sport. keje tu tak ada. awak juga yang kena bagi duit nk beli rim baru. bukan rim tu patah / rosak pun..  xukur baju di badan sendiri langsung. 

suruh sembahyang pun malas. org kalau tak solat ni payah la nak masuk rezeki. bla..bla.. 

ak kat belakang iye kan aje.. 

( btw bos ak ni sejak dari kawin sampai skrg keje luar selalu dan laki dia kontraktor. selalu tak ade kat umah. anak 2 org dri awal kecek duk dgn tok je... mmg kekurangan kasih sayang la..  )

A : awk la manja kan anak sangat semua dia nak semua awk bagi. nanti awk dh pencen nanti awk nk bagi apa? .. dorg dh tak keje... bla..bla... 
sepatutnya skrg ni awk duk rilek je kat umah, bawak kete p masjid je.. ini tidak duk memikirkan masalah anak2. bukan kecil pun. dh besar. keje malas nk bergantung kat awk je.. sampai bila.. nak servis kete pun awk jugak kena buat.. g lah sendiri tak kan tu pun nak suruh awk juga buat.. bla..bla... bla.. 

mcm2 lagi la dia duk bebel sampai ak sampai kat umah. ak yang duk belakang ni boleh menanah la telinga.. well mangsa keadaan kan..


apa yang ak duk perhatikan masalah dorg ni.. bos ak ni mmg jenis syng anak lebih2.. semua anak nak dia bagi. beli laptop, laptop kena curi.. nak duit bagi..tapi keje malas!! 

yang laki dia pulak kaya keje kontraktor. ambik sub sini sana. sebb tu kawin 2,. tapi bab anak tu dia jenis nak lepas tangan. semua lepas kat bos aku. msa kecik xpernah nak jaga anak. sebab duk berkepit dgn bini tua dia je.. alahai... 

mmg dorg ni ada kes sebenarnya. tapi ak malas nak tanya lebih2..dorang nk bercerita ak dengan. nk ak adili mmg tak la.. 

ibarat bos ak ni oh ! anak ku semua nak ibu bagi.. yang di bapak plak.. nampak yang salah je.. nak perbetulkan tak reti... Oh! bapak... mana silap tu.. 

siapakah yang silap sebenarnya?? .......


adohai... 


 

Duhai HTC ONE.... alahai Samsung Galaxy S4... dan CILAKE KO SETAN2!!!!.......



main kasar ko ye setan!.. kuat sungguh ko cucuk ak suruh beli HTC One ye.. 

" ala min, beli la.. beli la.. lawa tu.. dah la design menggiurkan, luaran aluminium plak tu.. cantik tu.....

beli la min.. beli la.. kalau xbeli nanti ko rugi min, menyesal tak sudah min.. beli la.. "

oh! tidak-tidak.. tak nak! tak nak!.. ak nak kawin la SETAN OII.. jangan hasut aku la... mahal tu woii SETAN!!.. 

" ala min.. tak mahal mana pun RM 2128 je min.. xmahal pun... kalau tak ada cash ko pakai je la KREDIT KAD ko tu.. nanti ko bayar la ansur2 tiap2 bulan min... beli la min.. beli la.. tak beli rugi nanti... " .... 

ish!.. ya ALLAH kuat kan la iman ku ini.. mintak la di jauhkan dari pembaziran ini YA ALLAH..
ak nk kawin la SETAN OII... nanti ak tak cukup duit nak kawin mcm mana? sapa nak tanggung??...

" ala min, nanti ko bayar la ansur2 bulan2.. apa dehal.. bukan bank nak suh bayar sekaligus pun kan... "

" canggih ko habak hang HTC One ni.. dah la guna OS Android terkini 4.2.2 Jelly Bean.. Kamera plak canggih.. xrugi ko beli min... beli la.. beli la.. confirm bergaya gila ko masa kawin nanti min.. " 

ce ko tgk gambar ni .. cantik kan!!.... ehhe






" kalau ko xnak ambik HTC ONE.. ko ambik la Samsung Galaxy S4.. sama juga OS dia 4.2.2 Jelly Bean. kamera mestila cantik 13MP tuuuuuuuuuuuu............. harga murah sikit dari HTC ONE.. ala  dekat-dekat2 nak cerah RM1999.00 je min.. xmahal mana pun.. beli la min.. beli la... "

tgk ni plak S4 dgn 13MP camera.. power min... 


" ce ko tgk perbandingan video kat bawah ni pasal 


HTC ONE vs Samsung Galaxy S4



" nanti sebelum balik kerja ko download la lagi video org review pasal HTC ONE dengan S4 ni kat Youtube. cnfirm ko xnyesal min.. nt ko download byk2 n tengok kat rumah yer min.. "

" kalau ko tak beli sekarang ni, lepas kawin belum tentu ko dapat beli, nanti bini ko tak bagi beli nanti, dia buat suara merajuk sikit tak nak ko beli. nak beli susu lampin anak lagi. beli min.. jangan tak beli... min. 
nanti tahun depan dah tak kuo model ni.. mesti ko nyesal sebab tak beli masa baru kuo ni.. "

" ko beli nanti mesti kawan2 ko jeles min, ye lah sebab ko sorg dah pakai henset canggih dari org lain.. mesti ko bangga kan.. beli la min.. beli la... confirm xnyesal min... "....



......................................................................................

ish!... SETAN nih!!... pergi jauh2 la oii... ak xnak la.. xde duit... xde duit ak cakap.... 
dah2 pergi jauh2 dari aku....  

pergi ko setan!! jangan sampai ak pasang mp3 AL-QURAN nanti kan, xpasal2 ko terbakar tetiba kan... 

dah pergi jauh2......


*begitu la monolog ak dgn diri sendiri dalam seminggu dua ni.. aih..... dilema sungguh YA ALLAH... kuat kan lah iman ku ini... :)  

tolong la.... ak nak kawin la SETANNNNNNNN OIIIIIIIIIIIIIIIIII................................

24 September 2012

Dunia Seorang Pekerja Makan Gaji

alahai.. bila lah nak berkesudahan. tiap2 hari begini. bangun pagi. p keje. balik keje. tdo. bangun p keje n balik sampai la mampus.. huhu penat mental rasa... huhu 

tapi mana ada keje rutin berbeza-beza kan.. mesti lah sama je.. 

2 tahun lepas masa baru tamat je pengajian di Politeknik semua mber berpakat - pakat cari kerja. ada yang isi LHDN, SPA n mcm2 kerja la. ada 1 mber nia dia dapat interview nak masuk UPSI. so penemuduaga ada lah bertanya soalan cepumas ke dia. 

" kalau lah kamu dapat kerja cikgu nanti, kamu akan rasa bosan tak sebab cikgu akan melaksanakan kerja yang sama je tiap2 hari, hingga lah pencen?"

mber aku jawab tak... 

sebab apa semua kerja akan melakukan rutin yang sama sahaja. terpulang kepada kita bagaimana nak menceriakan dan mempelbagaikan cara kerja kita nanti supaya tak rasa bosan n sebagainya. 

dan, apa yang aku rasa kawan ak ckp pada masa tu tak betul. sbb ak ckp BOSAN!. tapi sekarang bila ak dh kerja sebagai makan gaji baru aku tahu erti sebenar hidup si Pemakan Gaji ni. 

bosan tu mmg la bosan tak leh lari dah. cuma apa yang ak buat ialah ak akan pasang LAGU yang ak suka time ak buat kerja. tak lah kuat sangat tapi berpada-pada lah kan. 

point utama sebab tak nak mengantuk. n boleh meMoOdkan hepi2 time buat kerja n tak der la bosan sgt laksanakan kerja tiap2 hari. 

selain itu, ak well, seorang yang aktif la dalam bersukan. paling koman pun berjoging dgn kawan2 lepas waktu kerja. boleh la jugak ilang tension lepas waktu kerja. so bila dah joging badan dh kuo peluh, tubuh jadi segar dan otak pon rasa ringan je. xde dah nak pikir serabut pasai kerja yang BERTIMBUN-timbun tak abis2 kat ofis. 

lagi, ak main badminton 2 kali seminggu2. well ini antara hobi ak la n ak tak boleh lari sebab dh selalu main sejak muda lagi ( ni pun muda lagi.. hehe :) ). time ak berbadminton ak xde masa nak pikir dah keje2 alah ni. fokus pada game je. HEAVEN!... 

last sekali kalu korang la yang xde buat apa2, bersukan pun tak apa kebenda, TIDO lah perkara yang paling terbaik. tapi tak boleh KUAT tido n selalu sgt. nanti OTAK jadi LEMBAB! tak bagus utk kesihatan. 


kat TERENGGANU ni kalau sape2 nak jog2 boleh la try naik bukit besor. xde la tinggi mana, tapi kalu jatuh tu innalillah jugak la.. hihi..  n ada taman sebelah bank negara, berdepan dgn bukit ni jugak. n kalau nak yang jenis berangin2 sikit.. sila2 lah berjogging sepanjang pantai memanjang kat terengganu ni. confirm best!. 



ok itu aje lah sebagai pembuka entry yang lama dh tak update. OK


wassalam. :)



01 January 2012

Kenali Melalui Perwatakan Luaran S'sorg!

Aku bukannya seorang yang pakar, bukan juga seorang yang bijak berkata-kata tetapi ada juga yang selalu meminta nasihat dariku tatkala menghadapi sesuatu perkara. Alhmdulillah berkat ilmu motivasi yang dibaca boleh juga aku berkongsi dengan mereka yang senasib dengan aku ketika di zaman-zaman dulu.

Kata orang setiap gurauan kita ada tahap dan batasnya. Dan semestinya kita mempunyai pelbagai kawan2 yang pelbagai karenah dan ragam. Iyelah manusia itu berbagai ragam dan rupanya. Terpulanglah kepada kita bagaimana cara menghadapinya.

Sejak zaman aku belajar di Politeknik hingga lah Universiti macam-macam aku jumpa. Pelbagai ragam yang menjelma ada yang baik ada yang kureng, ada yang cepat terasa dan tak kurang juga yang suka mengata tapi bila terkena balik kepadanya sukar menerima. Aduhai macam2 ragam. Tapi bukan semua yang suke kita, siapa lah kita nak mengadili mereka ni.. ibarat hidup masing-masing, dosa tanggung sendiri. Tak gitu~!!

Tapi bagi aku, benda itu biasa alah bisa tegal biasa. Setakat mana tahap gurauan seseorang tu, biarkan jelah sebagai gurauan selagi ia tidak mengaibkan diri sendiri, keluarga sehingga menjatuhkan maruah kita dan orang lain. Walau pun begitu sesekali kita kena juga tegur mereka secara berhemah, supaya benda ini tidak berlarutan sampai bila-bila. Masing-masing ada harga diri, jadi jagalah sebaiknya.

Sesungguhnya aku percaya sepertimana Sabda Rasulullah S.A.W ini.. setiap manusia itu ada balasannya:

“ wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka ALLAH akan mengintip keaiban dia dan akan mendedahkannya, meski pun berada dalam rumahnya sendiri “ Abu Daud

Sedikit kepelikan sifat aku ini boleh dikatakan sedikit berbeza dari orang lain. Entah bagaimana dan bila ia menjelma tetapi aku sangat suka sifat ini kerana menjadikan aku lebih bersyukur dan mengerti aku ini makhluk tuhan yang sama dengan orang lain. Sifat tersebut aku namakan sebagai “pemerhati tingkah laku manusia”.

Dulu sepanjang aku belajar dan bekerja aku suka memerhati sifat seseorang sebelum aku betul2 berkawan rapat dengannya. Sebagai contoh kawan seorang pemarah. Aku melihat apa yang menyebabkan dia suka marah dan sebagainya. Kawan cepat terasa, aku perhatikan dari setiap langkahnya.. bahagian mana dia cepat terasa, n perkataan apa yang dia tidak suka. Dari situ kita boleh mengambil langkah berhati- hati apabila kita bergaul dengannya.

Tidak kurang juga ada sesetengah kawan ku seorang yang “HATI BATU”. Katalah macam mana pun kat dia, memang tidak akan memberikan kesan kepadanya, last-last kita juga yang kena balik. Mesti anda pun ada kawan yang sebegini kan. biasalah di mana – mana pun ada. Cuma terpulanglah kepada kita cara kita berkawan dengan mereka-mereka ini. Jadikan diri kita se’fleksibel’ yang mungkin.

Mengikut kata pakar, remaja yang berumur antara 18-22 belum lagi matang. Walau pun bergelar seorang mahasiswa/I, tetapi keterasaan/’touching’ dalam dirinya kadang-kala sukar diterima. Malah macam kanak-kanak. Aku tahu dan faham sebab aku pun penah melaluinya. Ia adalah proses perolehan pertukaran jiwa kurang matang kepada dewasa. Jadi hadapilah ia dengan tenang dan sabar.

Walhal dibandar besar seperti KL aku suka berjalan keseorangan menaiki KTM, LRT, Komuter dan sebagainya melihat ragam manusia. Kadang kala aku sengaja singgah di Mid Valley, duduk di bangku tersedia, menjilat askrem Rm5.00 sambil memerhati tingkah laku manusia seperti ‘couple’, kumpulan remaja, family, rakyat tempatan dan tak kurang juga rakyat asing. Kata orang cuci mata. . J

Tapi ak sering berfikir mengapa awek yang begitu lawa memilih pakwe yang besar gedempal, tak hensem. Sedangkan dia mempunyai peluang yang lagi baik dengan kecantikan yang dia miliki. Ibu bapa yang berjalan dengan anak-anak yang comel serta lelaki kacak dengan aweknya yang tidak semenggah mana.

Itulah lumrah manusia, hati, perasaan mereka masing-masing. Rupa dan bentuk bukan menjadi penghalang utama lahirnya rasa cinta mereka. Unik kan?...

Dan jika ada dikalangan rakan-rakan anda meminta sebarang pandangan dan nasihat, cubalah melayani mereka dengan baik, jadilah pendengar yang bijak baginya walaupun hanya untuk seketika. Jangan kita cepat menberikan hukuman walaupun terang dan nyata dia berada di pihak yang salah. Berilah kata-kata yang berhemah n nasihat dan imbangi kesan dan kebaikan di kedua-dua belah pihak. Sesungguhnya ia akan lebih meredakan hati dan perasaanya. Jadilah pendengar yang baik, sesungguhnya anda akan lebih merasa bahagia.

Kenali Seseorang Melalui Penulisan

Tulisan. Perkataan. Kata-kata. Ya! Semuanya memberikan maksud yang sama, samada dengan cara yang baik, betul atau berbeza. Ada sesetengah manusia suka memgunakan nya dengan cara berhemah, ada juga secara sindiran tajam menikam. Semuanya memberikan maksud yang sama untuk mencapai sesuatu tujuan yang nyata. Anda pun sama kan! begitu juga saya.

Melalui penulisan seseorang juga kita dapat mengenal sedikit sebyk tentang mereka, dengan kata2 apatah lagi kan. sehingga ada yang kata ‘’ kalau nak tau dia tu baik ke tidak tgk la cara bercakapnya”. Ya memang ada betulnya, mungkin juga ada salahnya.. kebiasaan manusia bercakap ‘ikut sedap mulut’ sahaja, walhal dia tak sedar dengan kata-katanya itu menjelmakan HATI sebenarnya juga. Kan begitu?

Aku juga sama dengan anda2 semua. Tak terkecuali aku juga seorang yang suka berkata-kata( klu xbisu lah kan), menulis tu kadang kadang2 ikut atas mood. Tetapi aku lebih suka membaca dari menulis, sebabnya aku cepat bosan dengan gaya penulisan dan tulisan hodoh aku sendiri. Jadi aku mencari-cari buku2 yang lebih sedang difahami untuk kepala aku yang kadang kala pemalas ini. Buku motivasi aku menjadikan pilihan tapi kena tgk lah juga siapa pakarnya kan.. pandai2 lah kita nk idup bak kata kawan2.

Ok, kali ini aku sengaja berbicara tentang ‘mood’ atau dalam ertikata lain ‘suasana, suatu keadaan sikap seseorang’.. yang sukar aku terjemahkan ttg itu. Korang fahamkan sdri lah yer. Bagi aku mood org berbeza-beza mengikut keadaan berbeza juga. Tapi kali ini berkenaan mood penulisan aku mahu ketengahkan. Sengaja aku membiarkan jarijemari ku ini menaip mengikut rentaku tiada hala tujuan, mengikut irama mood aku yang sekarang ini entah apa-apa.. huhu~~

Ok kembali kepada maksud asalnya.

Aku sangat-sangat tersangat sukar mencari mood terbaik, nak nak bila aku mahu menaip entry terbaru di blog buruk usang aku ni. Biasalah aku tidak lah sesibuk mana, dengan jawatan yang agak kecil, masa yang terluang begitu banyak tetapi, ya aku bersyukur apa yang ada sekarang.

Bagi aku mood seseorang kita boleh terjemah dari gaya penulisan seseorang, samada dia tengah marah, kecewa, dendam dan sebagainya. Sebagai contoh; seperti sedia makulum aku sangat-sangat suka dengan buku motivasi karangan Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj, tetapi aku tidak gemarkan suaranya tatkala dia ‘live’. Berbeza dengan Dr. Fazilah Kamsah, aku sukakan ketika dia ‘live’ tetapi kurang menerima cara penulisannya. Here my point.

Apa yang aku perhatikan kebanyakan buku Dr.tuah dia menulis sdri, menggunakan perkataan yang mudah2 serta tidak menyerabutkan otaku, lagi lah ayatnya terus melekat di jiwa.. berbunga-bunga kata orang. Mungkin juga sebab kebanyakan ceritera dalam bukunya lebih berkisarkan tentang pengalamannya tersendiri. Jadi aku lebih mudah menerimanya.

Berbeza dengan Dr. Fazilah.. tatkala dia ‘live’ beliau bijak bermainkan kata-kata, ekspresi wajah, pergerakuan tangan serta cerita2 yang menyebabkan orang mahu melekat ketika mendengar ceramahnya. Akan tetapi melalui pemerhatian aku terhadap buku-bukunya, bahasanya sukar aku terima mungkin penulisnya orang lain bukan beliau sdri wlpun mggunakan idea beliau sdri. Kadang kala sukar aku mahu menghabis kan 2,3 bab cerita disebabkan kata-kata dalam penulisan bukunya agak ‘keras’ dan tidak santai. Walau pun bgitu ia terpulang kepada penafsiran diri masing-masing.

Bagi orang yang marah, sedih serta kecewa kita juga boleh melihat dari cara penulisannya melalui tulisannya, postnya di FB, blog jika ada, twitter dan sebagainya. Lihatlah dengan secara tersirat kita akuan lebih mudah menjumpainya. Bagi aku perkara ini agak senang kerana melalui tulisannya sahaja kita lebih mengenali dirinya siapa.

Lihat manusia mempunyai berbagai-bagai cara mood penulisan tersendiri. Mungkin dengan kata-kata sahaja tidak memberikan kesan kepada orang lain tetapi dengan ayat-ayat nya kadang kala membuat orang lain sungguh terasa. Ayat power kata orang. Tidak mustahil bahkan ramai aje manusia hebat berkata-kata melalui penulisan dari berkata-kata menggunakan suara. Lihat sahaja ‘update post’ di Facebook. Ia telah menjadi trend utk sesiapa sahaja melempiaskan ketidakpuas hatiannya di sana.

Ada ketika kita melihat mereka dari real life orang yang biasa-biasa, tetapi di FB ia menjadi seorang manusia yang kejam. Aku pun pernah mengalaminya.. dan biasalah anggap sahaja gurauan semata-mata dan diam itu adalah senjata paling berkesan bagi kita. Percayalah..

Melalui mood penulisan dan buku motivasi inilah kini aku telah menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya, melihat manusia dengan mata hati, bukan dengan perasaan dengki semata sahaja. Dan Alhamdulillah kesempatan yang tuhan berikan bisa merubah aku menjadi manusia yang lebih berfikir secara normal bukan melalui emosi sahaja.

Mengikut kajian juga manusia yang suka membaca buku-buku motivasi ini adalah seorang yang sangat bermotivasi tinggi dan aku sarankan anda juga mencubanya, mana tahu ia juga serasi dengan anda, mungkin!..

“ berani berubah, kita tidak akan berada ditakuk lama”

Pages