Skip to main content

Telinga Tersumbat ? ?... hilang nikmat!!

Semalam selepas berbuka puasa saje tengok2 barang kat almari kabinet dapur umah tgk apa yang ada. Then terjumpa putik kapas dlm plastik. Ada la dalam 5, 6 batang. So tetiba tangan ni terasa gatai la plak nak mengorek telinga. Bila ingat2 balik last korek rasa nya setahun yang lepas..kuikuikui. :-P. Jadi tanpa membuang masa ak pun terus la menerjah ruang dalam telinga kanan ak dengan putik kapas tersebut. Masuk sebatang rasa bangga jap. Yer lah tgk sisa2 tahi telinga yang melekat kat putik kapas tersebut banyak kau.. Yela dh stahun tak korek kan.. Haha... Lepas tu ak masuk lagi sebatang n then tetiba telinga terus senyap. Berdengung je. Dengar bunyi pun mcm dengar tak dengar je. 

 ( putik kapas xelok korek telinga )

Ah sudah ak, korek punya korek lagi tak jalan jugak. Letak air pun xjalan. Hati dah risau takut jadi pekak. Xnak la muda2 lagi dh pekak. Dh la nak kawin xlama lagi. Xpasai nt org ckp pengantin baru pekak......hah! Tak nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!
Malam tu terus xjadi nak p terawih bila telinga dh jadi mcm tu. Lepas solat isyak terus keluar g farmasi beli ubat 'ear wax' atau ubat cair taik telinga. Xpasal terbang rm9.00 beli ubat nih. Xmahal mana pun. Boleh la. Brand SOLIWAX EAR... Buatan INDIA.
 

So balik umah terus ak try titis ubat tu kat telinga. Titis dalam 5-10 titis n biar selama 15-10 min. Lagi lama lagi baik sebab nak caik taik telinga keras. Bak kata instruction kat kotak tu lah kan. So bila dah cukup waktu ak cuci lagi telinga guna air suam. Titik guna kapas 2,3 kali. Tapi telinga tetap jugak tersumbat. Aduh... Risau mula datang balik. Mujurlah ak guna phone sebelah kiri, so xmerencatkan sangat la bila nak jawab call. Malam tu telepon cik tunang, dia suh p klinik esok check telinga. Aduh esok pose, sayang pulak nak batalkan. Tgk la kot bangun2 pagi esok mana tahu dh elok kan. So tido malam tu dgn mengharapkan esok bangun pagi2 terus telinga kanan elok dan dengar semula... Huhu.....

Esok bila bangun pagi nak g keje telinga tak elok jugak. Tapi still pegi keje seperti biasa. Dari rumah ke tempat keje bawak motor. Jadi bila berenti kat traffic light kepala rasa bengong jap. Bunyi lori kat sebelah kanan pun xdengar dengan jelas. Sampai kat ofis sembang dengan bos dengar tak dengar jugak. Xleh jadi ni kena cari klinik jugak. So ak online cari cara2 penyelesaian nak hilangkan telinga tersumbat. Terjumpa la beberapa blog pasal masalah sama. Kat blog tu bagitahu suruh tutup hidung, mulut dan telinga. Kemudian hembus angin. Nanti tersumbat tu akan hilang. Ak try la beberapa kali tapi xjalan jugak. 

Ak pun try search klinik pakar ENT kat Terengganu ni. Terjumpa satu n memang nak pergi dh ni. Kemudian ckp dkt kat bos. Bos suruh g klinik kerajaan je. FREE je xyah bayar katanya. Sekejap je. So ak pikir2 balik kalu g klinik pakar ENT nak tak nak terbang jugak seratus dua nih. Kalu klinik kerajaan free je. So dlam kul 10 ak keluar ofis p klinik jap. Sampai2 je terus bagi IC n cakap nak no. Staff. Tggu punya tunggu ada la dalam 30 min baru panggil no ak. Staff kaunter minta maaf sebab cari kad tak jumpa. Padahal awal2 lagi ak dh ckp xpernah datang. Mungkin ak ni staff so dorg nak mintak maaf bagai. Ak ok je xde hal nk marah2 org nih. 

Dlm 2 minit tunggu, doctor pun panggil masuk bilik. So ak cakap telinga tersumbat sebelah kanan sebab korek guna putik kapas. Doctor check telinga kiri dan kanan. Dia kata kiri banyak tahi dan kanan tahi keras. Malu??... Xpun.. Buat apa nak malu sebab telinga mmg xelok di korek nak2 dengan putik kapas. Nt tersumbat. Jadi mcm aku.... B-). Doktor bagi 2 pilihan nak titis ubat cair taik telinga dulu ke nak terus g cuci telinga. Kalau cuci telinga dia ckp pose aku boleh batal. Hoho.. 

Takpelah doktor, batal pun batal la. Asal telinga ak boleh dengar semula sudah. Hah tergelak doktor jap ak ckp gitu.  So dia suruh g cuci telinga. Ak terus ambik kad n p letak dlm bakul kat bilik cuci telinga. Bila staff nurse panggil nama ak, dia terkejut sebab ingat kan kanak2 tapi dh bapak org dtg nak cuci telinga. Hahaha... Ak selamber je ler... Sebab telinga dah tersumbat. Hehe.. So nurse tu sediakan satu 'ear syringe' dan cecair serta bekas utk tadah lelehan air cuci nanti.
Gambar cuci telinga. 

(doktor tengah cuci telinga pesakit)

Kemudian nurse tu suruh ak duduk atas kerusi dan pegang bekas kat bawah telinga. Dia plak ambik alat mcm picagari besar n sedut cecair cuci taik telinga. Bila dia sembur je cecair tu kat dalam telinga ak,  mula2 ras geli n lama kelamaan best plak rasa. Lepas abis je keluar segala taik telinga, hilang terus tersumbat tu. Alhamdulillah syukur YA ALLAH dapat balik nikmat mendengar... Terasa kuat iman ak jap. Membebel nurse tu sebab byk taik telinga..haha ak selamba je ckp ye lah setahun xkorek memang la... Kehkehekeh...  

Ak pun ckap la... Alang2 dah cuci sebelah kanan ni puan, cuci lah sekali sebelah kiri..  lagi membebel dia sebab belah kiri lagi banyak taik telinga siap meleleh leleh lagi.. Hahahhaa... Xde masa eh nak malu2.. Buat selamba2 sudah. B-) 

lepas abis cuci telinga terasa luas2 je telinga, bak kata org dengar semut berjalan pun dengar.. Hehehe

Bila pikir balik, best juga rasa cuci telinga ni, mcm nak dtg selalu je. Kemudian masuk balik bilik doktor, doc check telinga balik. Semua dah clear dah. Alhamdulilah.

Mujur ak xpergi klinik ENT lagi, jimat duit aku... Hihi
Sape2 yang xpernah cuci telinga tu elok la pergi yer... Xrugi pun. Utk diri sendiri jugak. Asalkan FREE.... 

P/s: sapa nak try cuci telinga sendiri blh tgk kat sini..  ;-)

Comments

  1. nak tanya , cuci telinga ni sakit ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sakit pun.. rasa geli2 je.. nurse sembur guna air je... :)

      Delete
  2. ni buat kt hospital mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. g klinik kerajaan pun boleh, klinik pesakit luar di Hospital pun boleh. tapi kena jumpa doc dlu la. bila doc check baru boleh p cuci telinga.. : )
      kalu nak cepat, ckp je kat doc kata telinga tersumbat, nt doc terus suh p cuci telinga..

      Delete
  3. Sekarang dah ada alat yg selamat untuk korek tahi telinga. Dia sedut je. Senang dan selamat, mudah diguna....
    http://www.muslimchoices.com/?p=pembersih_telinga

    ReplyDelete
  4. salam saya nk tnya mcm saya telinga saya tersumbat ada tahi telinga... kan kalau saya pergi klinik terus boleh ke.. kalau nak lebih cepat tahi teling tu keluar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mael : kalau nak cepat g klinik swasta je cepat sikit. kalau nak jimat la.. g farmasi dlu cari ubat cair taik telinga seperti soliwax, kemudian biarla dulu dalam 1/2 jam @ 1 jam (ikut atas panduan cecair tu). kemudian baru g pesakit luar, Klinik Kesihatan/hospital. ckp kat doc nak cuci telinga. cakap dh letak cecair taik telinga.

      kalau terus g hospital nt doc bagi ubat cecair dulu untuk lembut taik, kemudian suruh balik n dtg kemudian. huhu

      Delete
  5. Assalam.. kak tercari2 pasal masaalah yg sama, terjumpa blog ni.
    Terima kasih.
    Sebenarnya >5 thn lepas kak pernah alami yg sama, mula2 pi klinik, beri ubat utk cairkan, lepas beberapa hari x de kesan. Member cadangkan klinik pakar ENT, siap ada monitor bole nampak isi telinga tu.

    Terbang le klu tak salah RM100+. Dia suruh dtg lagi dlm tempun 1 thn, tapi nampak mcm ok, jadi kak x dtg2, hingga le sehari dua ni dtg balik masaalh yg sama.

    InsyaAllah sehari dua nanti nak cuba spital kerajaan pulak. Klu klinik pakar ENT sekarang kos tak tau le.

    kak mas

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkslm kak mas.. ye, saya pun dulu hampir2 nak g klinik ENT. siap search bagai klinik mana ada area tempat saya siap tgk berapa kos lagi. mujur bos ckp kat klinik kerajaan boleh buat. jimat kos. alhmdulillah.. :)

      Delete
  6. Assalamualaikum. Saya nak tanya, sakit ke kalau nak cuci telinga tuh? Sbb smalam ayah sy kata, sakit giler. Sy nie telinga pekak kiri kanan, hhuhuhu, ngn kapas sumbat nya lagi :( . Harap awk bntu saya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sakit pun. rasa geli2 je... g klinik kerajaan. jimat satu hal. mgkin ayah awk saje nak sakat awak je tu.. hehe :)

      Delete
  7. saya pon mempunyai masalah yg sama..saya pekak sebelah kanan..memang rasa tak selesa..nak menyembang pon malu..terpaksa menyendirikan diri..dah 2 minggu x baik2 lgi..rasa macam nak korek telinga pakai skru driver..hmm:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu betul2 pekak tu tak dapat la sy nak bantu. mgkin perlu pergi klinik ENT dah ni.. kalu setakat tersumbat boleh la try tips mcm sy ni. :D

      Delete
  8. Salam. Sy nak tnya. Sy dah pergi klinik. Doc bg soluwax. Dia ckp dlm 4-5 hari bru elok. Baru 1 hari tp x boleh tahan rasa sakit smpai dah x boleh tido. Lps tu pgi hosp, cuci telinga. Rasa sakit dah x de tp still x boleh dgr lg. Apa patut sy buat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu saya lah... soliwax tu untuk cairkan taik telinga je.. bkn untuk bagi dengar semula. sepatutnya lepas titis ubat tu dlm beberapa jam terus cuci telinga. dan juga selepas kita cuci tu masa tu juga sepatutnya kita dah boleh mendengar seperti biasa.

      nasihat sy elok la pergi klinik ENT , biar mahal tapi DR boleh cek keseluruhan. mana tahu ada masalah lain.

      maaf ini bkn bidang saya. :)

      Delete
  9. Kalo tsumbat blh trus pi klinik gomen.tp kalo sakit brdenyut2 better pi ent sbb pakar akn check btui2..tu dah mlibatkn kulat..

    ReplyDelete
  10. Salam nk tnye, klau telinga trsumbat dgn putik kapas yg trcabut tu nak buat ape dlu eh? Ke terus pgi hospital? Hospital kerajaan yg bhgian psakit luar ke? Huhu takut ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai mcm mana la blh tercabut kan.. pergi je, jangan malu jgn segan. bila malu nak mendengar pun dah tak jalan.. :)

      Delete
  11. Cuba lakukan lompatan dan kepala digoyangkan dengan gaya menanduk bola dengan kencang..kalau telinga kanan tersumbat..lompat dan goyang kepala ke arah kanan. jangan korang cari bola betul betul lak nak tanduk..praktikkan cara ni.insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermm cara ni dh cuba. utk tersumbat air dlm telinga boleh la.. utk masalah lain cara ni tak berkesan.

      Delete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. Saya nak tanya, adakah hanya kerana telinga tersumbat oleh benda asing atau tahi telinga yang terlalu keras disebabkan terlalu lama boleh membawa ke tahap pembedahan telinga di klinik ENT?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf tuan. ini bukan bidang sy. sy hanya kongsi pengalaman sy sebagai rakyat biasa. tuan boleh semak dgn dr yg pakar telinga.

      maaf sekali lagi.

      Delete
    2. saya dah dkt sebulan rasa mcm berdengung sebelah kanan.hari ni dah tk tahan dah,pegi farmasi beli ubat utk cair taik telinga CERUMOL kalau tk jadi juga esok gi klinik tk kira la kerajaan atau swasta janji boleh hilang rasa bengang telinga

      Delete
  14. Saye tak tahu la tersembut ke ape tapi telinga rase ade bnde xthu la air ke taik telinge ke sampai bengkak kawasan telinga .. ape yg sye nk kate kat doc tu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye saya pon skrang tgh hadapi ,terasa macm lupa telinga mengecil ,sempit mayb bengkak tp bila ditekan mcm da cecair basah.rimas laa bila nak berkomunikasi dengar sayup jea kadang samapi perlu minta orang repaet dh laa baru start keje.Apalah bos dengan rakan sekerja ckp.

      Delete
  15. Saye tak tahu la tersembut ke ape tapi telinga rase ade bnde xthu la air ke taik telinge ke sampai bengkak kawasan telinga .. ape yg sye nk kate kat doc tu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. puteri pergi je cakap mcm puteri tulis ni. nt DR akan cek guna alat khas dia. dari situ baru DR boleh tentukan masalah yg sebenar. jangan takut. cuba pergi je. :)

      Delete
  16. Dulu saya berasa takut kerana telinga sebelah kanan tidak boleh mendengar dengan baik dan menjadi masalah dalam kehidupan seharian.Saya pun memberanikan diri untuk pergi ke klinik swasta untuk membuat pemeriksaan pada telinga.Dr.telah membuat pemeriksaan pada kedua-dua belah telinga dan mendapati bahawa telinga sebelah kanan dipenuhi dengan tahi telinga.Beliau telah memberikan( beli)saya Ubat titis telinga (Soliwax) dan menggunakan selama 1 minggu sebelum datang untuk pemeriksaan susulan.

    Setalah seminggu saya telah datang semula ke klinik tersebut dan Dr. telah mencuci telinga kanan saya menggunakan Picagari berisi air suam.Tiada langsung rasa sakit semasa proses mencuci tersebut,malah Dr. menyatakan bahawa kita mungkin berasa geli sedikit.Rasa tenang dan selesa apabila proses mencuci tersebut seakan-akan hendak beberapa "tembakan" lagi.

    Untuk makluman dalam tempoh seminggu semasa menggunakan Soliwax,tahi telinga akan keluar bermula dengan tahi telinga berwarna kuning dan selepas itu tahi telinga yang berwarna gelap.Putik kapas diperlukan untuk membersihkan telinga pada waktu itu.Telinga menjadi sangat gatal kerana tahi telinga cair dan lembut dan akan keluar.

    Pengalaman kedua saya,saya cuma guna Soliwax dan tidak berjumpa Dr. lagi untuk cuci telinga.Masalah ini kemungkinan akan berulang diharap anda akan terus berjumpa Dr. untuk pemeriksaan susulan untuk kebaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu tuan. Rasa geli2 yg sangat best haha...

      Delete
  17. *Terus berjumpa Dr. untuk pemeriksaan susulan selagi dikehendaki sedemikian oleh Dr. yang membuat rawatan.

    ReplyDelete
  18. *Terus berjumpa Dr. untuk pemeriksaan susulan selagi dikehendaki sedemikian oleh Dr. yang membuat rawatan.

    ReplyDelete
  19. Melalui situasi yg sama... Dan esok puase.... 😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😆 dr cakap tak batal. Tp ganti balik jugak pose. 1 hari ye. Sbb tak tahu/yakin batal ke tidak sebenarnya.

      Delete
  20. Melalui situasi yg sama... Dan esok puase.... 😂😂😂

    ReplyDelete
  21. Gile berpanjangan org dok mtk pandangan smpai bertahun. Syabas bro, respek keihlasang dan keselamberang mung nih. Hehe.. selamat berpuasa dan salam aidilfitri xlama lg. -Adiputra

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha layan je bos kwn2. Tak dok masaloh pun.. sharing is caring.. kehkeh

      Delete
  22. Telinga saya pon berdengung ni.jadi pas korek telinga tempoh hari.x selesa btol nak tido pon x lena.kalu guna soluwax tu puasa batal x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni beringat jgn korek guna cotton bug ye.. elok la guna pengorek telinga besi.. lagi elok.. tapi hati2 la..😊

      Delete
  23. Tengah alami nih, hari ni plak farmasi n klinik bnyk tutup

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. Wahh!!! Telinga sy ni..memamg jenis tahi telinga keras. Mslh btoi..xdak kaa..ubt yg bule cair kn smpe bla2?? Pening aihh..asyik2 xdgaq jaa..hat yg xdgaq tu sy bt2 dgaq ja..pd hal xdgaq...pn.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah jugak jenis keras memanjang ni.. cuba la try guna pencair taik telinga seminggu 1x... sbb blh melembutkan wax tu.. lepas tu kena rajin la cuci selalu supaya tak jadi keras lg...
      -cadangan auta.. xjadi xtahu.. haha

      Delete
  26. Terjadi pada saya sekarang ni.semalam pakai cotton bud lepastu terus xboleh dgr.. Berapa harga soliwax ye..nnti klu pg klinik kerajaan dia bagi ubat cair dulu ke boleh terus cuci? Minggu depan LA baru boleh pg..sabtu ahad tutup. Stressnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak tuan xingat la pulak.. dh lama post pasal ni. Rasanya murah je bwh 50.00. Baik titik dulu semalam ke. Esok kan baru pergi klinik kerajaan. Cakap nk cuci terus. Ubat cair dh titik.

      Kalau tidak nt doc bagi ubat titik suruh balik n dtg kemudian.. lagi naya..

      Delete
  27. Jeng kreng..telingo ambo sumbak jgk ni lepah korek..aduh x leh tdo..duk denyut kalu sendawa..keno g cuci ratek la ni

    ReplyDelete
  28. Jeng kreng..telingo ambo sumbak jgk ni lepah korek..aduh x leh tdo..duk denyut kalu sendawa..keno g cuci ratek la ni

    ReplyDelete
  29. Thanks yea. Bnyk dpt info. Sy pun pernah mengalaminya. Serius pekak kejap. ����chuak la jgk.

    ReplyDelete
  30. Anak saya telinga dia masuk kutu babi thn lps. Doc x boleh nak korek sbb kat dlm sgt. Bagi ubat utk matikan binatang tu. Katanya jangan korek sbb nanti akan keluar sendiri mcm tahi telinga. Tp dh dekt setahun x keluarpun... dah keras bersama tahi2 telinga. Sy titiskan soliwax tp maaih x keluar... x tahu lah dia dgr ke tak sbb budak umur 5 thun... x tahu apa sbnr yg dia rasa. Ingat nk kena pegi jumpa doc jugak kut utk cuci telinga dia... klinik gov mana yg awak pegi sbb sy pun kat terengganu... harap dpt share klinik gov yg mana awak pegi tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. puan... saya pergi unit pesakit luar di hospital besar (sultanah nur zahirah) kat tepi jalan tu. daftar seperti biasa. jumpa doktor ckp nak cuci telinga. ok

      Delete
  31. Anak saya telinga dia masuk kutu babi thn lps. Doc x boleh nak korek sbb kat dlm sgt. Bagi ubat utk matikan binatang tu. Katanya jangan korek sbb nanti akan keluar sendiri mcm tahi telinga. Tp dh dekt setahun x keluarpun... dah keras bersama tahi2 telinga. Sy titiskan soliwax tp maaih x keluar... x tahu lah dia dgr ke tak sbb budak umur 5 thun... x tahu apa sbnr yg dia rasa. Ingat nk kena pegi jumpa doc jugak kut utk cuci telinga dia... klinik gov mana yg awak pegi sbb sy pun kat terengganu... harap dpt share klinik gov yg mana awak pegi tu...

    ReplyDelete
  32. Salam telinga saya masuk lilin..masa wat corong telinga..lilin jtuh dlm tlinga pas tu korek gan pengorek telinga kuar drah..tdi pegi klinik..enta ape dokter wat..bapak sakit..diye soh dtg balik dua mnggu lgi..diya bgi ubat titis gn than gatal...aduh risau ni kawan ckp mkin bnyk luka dlam tlinga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi jumpa pakar ENT terus puan. Hanya pakar boleh tentukan mslh apa.. ada ubat khas dia ke.. kan letak minyak gamat ke apa kan takut jadi lain pulak..

      Delete
  33. Hari tu saya tak sengaja korek guna cutton bud, tengokk2 teruih dah takleh dengar, terpaksa la kena korek bagi dengar. Time solat tak tau la boleh dengar ke tak suara aku. Semalam terus rasa sakit gatal

    ReplyDelete
  34. salam bro..telinga kalu rsa ketat mcm byl angin tu sebab tahi telinga ke apa? sy dah beli ubat titis telinga, bila titis tu dia jdi mcm dengung haha..wapa lma dia akn dengung tu? dengung tu hilang sndri ka cm na? risau gak ni psai x besa

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkslm.. pasal bunyi angin tu ambe dok reti nok jawab.. haha tapi kalau lepas titik ubat tu jadi dengung mmg gitu boh.. lepas sehari tu deme g la cuci bagi tubik belaka taik linge tu.. bagi kemas sikit dengor.. :D

      Delete
  35. saya nak tanya ni,telinga saya tersumbat bukan disebabkan tahi telinga keras,apa patut saya buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. perlu g jumpa PAKAR ENT.. bagi pakar tu cek betul2.. takut ada benda asing dlm tu.. takuttt.. p cepat tau..

      Delete
  36. Maaf bertanya,biasanye lps cuci n sedut tahi telinga dia akan terus elok ke sbb sy punya lps cuci n sedut lg xdgr ape2 sy dibuatnye bunyi berdesing aje,pendek kata lg teruk dr sblm cuci n sedut tu,ke dia kena ambil masa utk pulih seperti sedia kala...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya hari tu lepas cuci elok terus je.. sy rasa C patut g klinik ENT ni.. takut gegendang telinga bermasalah.. sebab kwn sy bunyi berdesing jugak.. bila cek gegendang telinga dia pecah, sebab 'tekanan bunyi' kuat.. baik g cek ye.. takut2 la... sy bukan nak takut2 kan.. :D

      Delete
  37. Dah 2 bulan x korek telinga....4 ari lepas tu saya korek kaw2 pkai cotton bud bagi bersih. Akibatnya ade rase mcm berdengung. Pagi smlm pegi klinik gomen dia cuma bg ubat titis cair taik tlinga & penadol.Mlm tadi sakit sangat berdenyut2 serta bengkak...titik la bbrapa titik air tembakau...kot2 la ade kutu babi....tapi same je tetap sakit...jadi pagi tadi prgi klinik ent venka Kuala Ganu....doktor cakap ade luka & bernanah...dia bersihkan, sedut bg ubat titis & ubat mkn...kena byr rm120..Lesson learned...korek tlinga dgn hati2 & lembut...atau tlinga sakit & duit melayang...Sekian pengalaman saye...huhuhu

    ReplyDelete
  38. Salam.. Nk tnye ni.. Bru2 ni rse skt telinga..g klinik doktor pn check laa..die kate tlnge tsmbt,lpstu bg ubt cair.2mggu lg suruh dtg smula.. Tp skrg ni dh titis ubat tu.. Xde rse ape..skrg ni rse skt bhagian tlnga,lpstu rse x dgr sebelah.. Ptt ke jmpe doktor tu terus ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ubat titisan dah dapat .saya pun dalam 5 hari baru gi cuci telinga.. aduh tak tahu la mcm mana na mengelakkan benda ni berlaku...

      Delete
    2. dalam 5 hari tu kena pegi klinik balik ye. saya baru 2 hari letak, rasa x selesa sgt sbb makin x dengar. doc pun suruh 2 minggu lagi baru dtg semula.

      Delete
  39. ish nia kenapa sampai 2 minggu nak tunggu.. sanggup tu tahan ketakselesaan telinga.... sepatutnya esokan kan tu p terus je cakap nak cuci.. xyah ikut sgt doc tu.. ubat cair tu nak bagi lembut taik telinga je.. bukan lepas titik nt taik tu akan keluar sendiri.. cuci telinga perlu dibuat jugak...

    dlm masa 2 minggu tu nia mmg letak selalu ke ubat cair tu? kalau letak baik g cuci sekarang kat mana2 klinik kerajaan/swasta. kalau rasa mcm sakit sgt baik jumpa doc ENT pakar telinga bagi dia cuci dan cek, takut bengkak ke apa ke.. g sekarang tau.. :D

    ReplyDelete
  40. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  41. Klau pegi klinik kerajaan berapa kosnya?? Mahal x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu tak silap bayar rm1 je kot.. skrg tahun 2018 tak tahu la berapa. murah lagi kalu pergi klinik kerajaan

      Delete
  42. Seronok bca citerr lu ni broooo... jln cerita byk sma ngn gua cuma tinggal gua blum g hsptl lg utk cuci telinga kanan ni... thnksss bro kongsi ilmu...

    ReplyDelete
  43. kawan sedang melaluinya, terasa hilang separuh nikmat mendengar, esok kena pergi hospital..

    #masalah yang kecil boleh menjadi rumit jika didiamkan.

    ReplyDelete
  44. Kalau pergi klinik kerajaan yang biasa boleh kan? nak pergi jumpa ENT sampai rm210, tu pun sebelah telinga je

    ReplyDelete
  45. Masa telinga tersumbat ada rasa sakit tak atau tk dengar je??

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum. Smlm sy bwk anak sy pegi klinik swasta utk check telinga sbb anak sy kurang dgr. Lepastu doktor check dah penuh dah taik telinga di gegendang telinga. Doktor suruh cuci terus. Dan time cuci tu anak sy meraung kesakitan sgt. Anak sy berumur 10 tahun. Sy jd takot nak teruskan tgk anak meraung nangis mcmtu padahal anak yg nak sgt cuci awal2 sbb dia nk dgr lebih jelas. Mmg betul2 sakit ke atau mcmmana? Sbb anak sy kata betul2 sakit. Dan skrg doktor bg ubat titis utk cairkan taik telinga dulu dan suruh dtg balik lg seminggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi anon.... saya rasa lah taik telinga tu keras dan doc tu cuci terus tu korek terus kot..kalau ya.. mmg sakit la... adoi sakit kot nak korek2 paksa sedangkan taik telinga keras. Tapi kalau doc tu bagi ubat titis lembut taik telinga dulu dan seminggu kemudian datang balik untuk cuci dengan semburan air, tak la sakit sgt. Apa2 pun kena tanya semula cara doc korek tu mcm mana.. kalau semburan air ok je tak sakit.. kalau korek dengan batang keras.. sakit kot... orang tua pun tak tahan inikan kanak - kanak..

      Delete
  47. Telinga sebelah kiri saya tersumbat. Rasa sakit dan gatal. Pergi klinik swasta, dia terus sembur dngn air. Sekali dengan darah2 keluar. Menangis saya sbb sakit sangat-sangat. Last2 xsempat habis terpaksa berhenti. Sbb saya dah menangis tahan sakit ni. Dr bg ubat untuk cairkan tahi telinga sbb ada sikit lagi tahi dan darah. Tp sakit sangat-sangat nak tunggu tahi telinga tu betul-betul cair. Makan ubat tahan sakit pun tak rasa apa2.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cuci Telinga Tersumbat? Kembali Nikmat? bhg.1

Assalamualaikum W.B.T Ya Allah lama sungguh tak kemaskini blog ni. dah hampir 4 tahun. mesti dah beranai -anai gamaknya..  setiap kali masuk bulan puasa je mesti post aku pasal Telinga Tersumbat?.. Hilang Nikmat?? akan naik balik.. haha rupa - rupanya masih ramai lagi mengalami masalah yang sama dengan aku kot..  aku jadi syok balik bila ramai yang komen2 pasal telinga mereka yang tersumbat, nak buat macam mana, dah la puasa.. batal ke nanti dan so on...  terasa "di hargai' pulak bila orang duk komen2 minta pendapat seolah - olah aku ni 'pakar' dalam bab itu, hakikatnya aku pun noob jugak sebab bukan bidang aku tu.. tapi aku melayan sahaja sebagai kawan2 dan sebagai manusia yang pernah sebaris mengalami masalah yang sama :D  untuk post kali ni julung - julung2 kali nya aku nk buat 'survey' ada tak yang nak tau cara-cara kita cuci telinga yang tersumbat sendiri? supaya kembali bernikmat sendiri? alat apa nak guna? berapa kos dan sebagainya?  kala

Pengucapan Awam .. Public Speaking

Salam… ni adalah pengalaman ak yang ak nk kongsi semasa ak menghadiri kursus induksi di akademi audit di nilai bulan 2 aritu.. antara bnyak2 tajuk ak sengaja memilih tajuk ni sbb ak rasa dekat di hati, lagipun ak suka buku2 motivasi ni, so bila dekat di hati.. senang lah kita nk cari point n laksanakan tajuk yg diberi dengan jayanya..insyallah… Tapi ak mgaku gak r tajuk ni susah.. sbb hanya org yang boleh mendalami maksud tersirat je boleh cari point..kalau tak kelaut lah… hoho.. apa yang penting adalah buat research sebaik mungkin.. sekarang ni semua maklumat di hujung jari je.. senang je kan… Antara yg ak buat ialah mendengar pemidato2 negara yg hebat.. pelajar2 Universiti yag banyak je videonya dalam internet, dan dari situ kite boleh cedok sedikit sebyk idea yg MANTOP!! Dri mereka. tajuk yang ak pilih ialah… Menyelami komunikasi minda, jika sesiapa nk copy or guna utk buat pengucapan awam dipersilakan.. tapi sila link semula ke blog sy yer.. tq. . ~MENYELAMI KOM