Skip to main content

Kenali Seseorang Melalui Penulisan

Tulisan. Perkataan. Kata-kata. Ya! Semuanya memberikan maksud yang sama, samada dengan cara yang baik, betul atau berbeza. Ada sesetengah manusia suka memgunakan nya dengan cara berhemah, ada juga secara sindiran tajam menikam. Semuanya memberikan maksud yang sama untuk mencapai sesuatu tujuan yang nyata. Anda pun sama kan! begitu juga saya.

Melalui penulisan seseorang juga kita dapat mengenal sedikit sebyk tentang mereka, dengan kata2 apatah lagi kan. sehingga ada yang kata ‘’ kalau nak tau dia tu baik ke tidak tgk la cara bercakapnya”. Ya memang ada betulnya, mungkin juga ada salahnya.. kebiasaan manusia bercakap ‘ikut sedap mulut’ sahaja, walhal dia tak sedar dengan kata-katanya itu menjelmakan HATI sebenarnya juga. Kan begitu?

Aku juga sama dengan anda2 semua. Tak terkecuali aku juga seorang yang suka berkata-kata( klu xbisu lah kan), menulis tu kadang kadang2 ikut atas mood. Tetapi aku lebih suka membaca dari menulis, sebabnya aku cepat bosan dengan gaya penulisan dan tulisan hodoh aku sendiri. Jadi aku mencari-cari buku2 yang lebih sedang difahami untuk kepala aku yang kadang kala pemalas ini. Buku motivasi aku menjadikan pilihan tapi kena tgk lah juga siapa pakarnya kan.. pandai2 lah kita nk idup bak kata kawan2.

Ok, kali ini aku sengaja berbicara tentang ‘mood’ atau dalam ertikata lain ‘suasana, suatu keadaan sikap seseorang’.. yang sukar aku terjemahkan ttg itu. Korang fahamkan sdri lah yer. Bagi aku mood org berbeza-beza mengikut keadaan berbeza juga. Tapi kali ini berkenaan mood penulisan aku mahu ketengahkan. Sengaja aku membiarkan jarijemari ku ini menaip mengikut rentaku tiada hala tujuan, mengikut irama mood aku yang sekarang ini entah apa-apa.. huhu~~

Ok kembali kepada maksud asalnya.

Aku sangat-sangat tersangat sukar mencari mood terbaik, nak nak bila aku mahu menaip entry terbaru di blog buruk usang aku ni. Biasalah aku tidak lah sesibuk mana, dengan jawatan yang agak kecil, masa yang terluang begitu banyak tetapi, ya aku bersyukur apa yang ada sekarang.

Bagi aku mood seseorang kita boleh terjemah dari gaya penulisan seseorang, samada dia tengah marah, kecewa, dendam dan sebagainya. Sebagai contoh; seperti sedia makulum aku sangat-sangat suka dengan buku motivasi karangan Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj, tetapi aku tidak gemarkan suaranya tatkala dia ‘live’. Berbeza dengan Dr. Fazilah Kamsah, aku sukakan ketika dia ‘live’ tetapi kurang menerima cara penulisannya. Here my point.

Apa yang aku perhatikan kebanyakan buku Dr.tuah dia menulis sdri, menggunakan perkataan yang mudah2 serta tidak menyerabutkan otaku, lagi lah ayatnya terus melekat di jiwa.. berbunga-bunga kata orang. Mungkin juga sebab kebanyakan ceritera dalam bukunya lebih berkisarkan tentang pengalamannya tersendiri. Jadi aku lebih mudah menerimanya.

Berbeza dengan Dr. Fazilah.. tatkala dia ‘live’ beliau bijak bermainkan kata-kata, ekspresi wajah, pergerakuan tangan serta cerita2 yang menyebabkan orang mahu melekat ketika mendengar ceramahnya. Akan tetapi melalui pemerhatian aku terhadap buku-bukunya, bahasanya sukar aku terima mungkin penulisnya orang lain bukan beliau sdri wlpun mggunakan idea beliau sdri. Kadang kala sukar aku mahu menghabis kan 2,3 bab cerita disebabkan kata-kata dalam penulisan bukunya agak ‘keras’ dan tidak santai. Walau pun bgitu ia terpulang kepada penafsiran diri masing-masing.

Bagi orang yang marah, sedih serta kecewa kita juga boleh melihat dari cara penulisannya melalui tulisannya, postnya di FB, blog jika ada, twitter dan sebagainya. Lihatlah dengan secara tersirat kita akuan lebih mudah menjumpainya. Bagi aku perkara ini agak senang kerana melalui tulisannya sahaja kita lebih mengenali dirinya siapa.

Lihat manusia mempunyai berbagai-bagai cara mood penulisan tersendiri. Mungkin dengan kata-kata sahaja tidak memberikan kesan kepada orang lain tetapi dengan ayat-ayat nya kadang kala membuat orang lain sungguh terasa. Ayat power kata orang. Tidak mustahil bahkan ramai aje manusia hebat berkata-kata melalui penulisan dari berkata-kata menggunakan suara. Lihat sahaja ‘update post’ di Facebook. Ia telah menjadi trend utk sesiapa sahaja melempiaskan ketidakpuas hatiannya di sana.

Ada ketika kita melihat mereka dari real life orang yang biasa-biasa, tetapi di FB ia menjadi seorang manusia yang kejam. Aku pun pernah mengalaminya.. dan biasalah anggap sahaja gurauan semata-mata dan diam itu adalah senjata paling berkesan bagi kita. Percayalah..

Melalui mood penulisan dan buku motivasi inilah kini aku telah menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya, melihat manusia dengan mata hati, bukan dengan perasaan dengki semata sahaja. Dan Alhamdulillah kesempatan yang tuhan berikan bisa merubah aku menjadi manusia yang lebih berfikir secara normal bukan melalui emosi sahaja.

Mengikut kajian juga manusia yang suka membaca buku-buku motivasi ini adalah seorang yang sangat bermotivasi tinggi dan aku sarankan anda juga mencubanya, mana tahu ia juga serasi dengan anda, mungkin!..

“ berani berubah, kita tidak akan berada ditakuk lama”

Comments

Popular posts from this blog

Telinga Tersumbat ? ?... hilang nikmat!!

Semalam selepas berbuka puasa saje tengok2 barang kat almari kabinet dapur umah tgk apa yang ada. Then terjumpa putik kapas dlm plastik. Ada la dalam 5, 6 batang. So tetiba tangan ni terasa gatai la plak nak mengorek telinga. Bila ingat2 balik last korek rasa nya setahun yang lepas..kuikuikui. :-P. Jadi tanpa membuang masa ak pun terus la menerjah ruang dalam telinga kanan ak dengan putik kapas tersebut. Masuk sebatang rasa bangga jap. Yer lah tgk sisa2 tahi telinga yang melekat kat putik kapas tersebut banyak kau.. Yela dh stahun tak korek kan.. Haha... Lepas tu ak masuk lagi sebatang n then tetiba telinga terus senyap. Berdengung je. Dengar bunyi pun mcm dengar tak dengar je.   ( putik kapas xelok korek telinga ) Ah sudah ak, korek punya korek lagi tak jalan jugak. Letak air pun xjalan. Hati dah risau takut jadi pekak. Xnak la muda2 lagi dh pekak. Dh la nak kawin xlama lagi. Xpasai nt org ckp pengantin baru pekak......hah! Tak nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! Malam tu terus

Cuci Telinga Tersumbat? Kembali Nikmat? bhg.1

Assalamualaikum W.B.T Ya Allah lama sungguh tak kemaskini blog ni. dah hampir 4 tahun. mesti dah beranai -anai gamaknya..  setiap kali masuk bulan puasa je mesti post aku pasal Telinga Tersumbat?.. Hilang Nikmat?? akan naik balik.. haha rupa - rupanya masih ramai lagi mengalami masalah yang sama dengan aku kot..  aku jadi syok balik bila ramai yang komen2 pasal telinga mereka yang tersumbat, nak buat macam mana, dah la puasa.. batal ke nanti dan so on...  terasa "di hargai' pulak bila orang duk komen2 minta pendapat seolah - olah aku ni 'pakar' dalam bab itu, hakikatnya aku pun noob jugak sebab bukan bidang aku tu.. tapi aku melayan sahaja sebagai kawan2 dan sebagai manusia yang pernah sebaris mengalami masalah yang sama :D  untuk post kali ni julung - julung2 kali nya aku nk buat 'survey' ada tak yang nak tau cara-cara kita cuci telinga yang tersumbat sendiri? supaya kembali bernikmat sendiri? alat apa nak guna? berapa kos dan sebagainya?  kala

Pengucapan Awam .. Public Speaking

Salam… ni adalah pengalaman ak yang ak nk kongsi semasa ak menghadiri kursus induksi di akademi audit di nilai bulan 2 aritu.. antara bnyak2 tajuk ak sengaja memilih tajuk ni sbb ak rasa dekat di hati, lagipun ak suka buku2 motivasi ni, so bila dekat di hati.. senang lah kita nk cari point n laksanakan tajuk yg diberi dengan jayanya..insyallah… Tapi ak mgaku gak r tajuk ni susah.. sbb hanya org yang boleh mendalami maksud tersirat je boleh cari point..kalau tak kelaut lah… hoho.. apa yang penting adalah buat research sebaik mungkin.. sekarang ni semua maklumat di hujung jari je.. senang je kan… Antara yg ak buat ialah mendengar pemidato2 negara yg hebat.. pelajar2 Universiti yag banyak je videonya dalam internet, dan dari situ kite boleh cedok sedikit sebyk idea yg MANTOP!! Dri mereka. tajuk yang ak pilih ialah… Menyelami komunikasi minda, jika sesiapa nk copy or guna utk buat pengucapan awam dipersilakan.. tapi sila link semula ke blog sy yer.. tq. . ~MENYELAMI KOM