Skip to main content

Kenali Melalui Perwatakan Luaran S'sorg!

Aku bukannya seorang yang pakar, bukan juga seorang yang bijak berkata-kata tetapi ada juga yang selalu meminta nasihat dariku tatkala menghadapi sesuatu perkara. Alhmdulillah berkat ilmu motivasi yang dibaca boleh juga aku berkongsi dengan mereka yang senasib dengan aku ketika di zaman-zaman dulu.

Kata orang setiap gurauan kita ada tahap dan batasnya. Dan semestinya kita mempunyai pelbagai kawan2 yang pelbagai karenah dan ragam. Iyelah manusia itu berbagai ragam dan rupanya. Terpulanglah kepada kita bagaimana cara menghadapinya.

Sejak zaman aku belajar di Politeknik hingga lah Universiti macam-macam aku jumpa. Pelbagai ragam yang menjelma ada yang baik ada yang kureng, ada yang cepat terasa dan tak kurang juga yang suka mengata tapi bila terkena balik kepadanya sukar menerima. Aduhai macam2 ragam. Tapi bukan semua yang suke kita, siapa lah kita nak mengadili mereka ni.. ibarat hidup masing-masing, dosa tanggung sendiri. Tak gitu~!!

Tapi bagi aku, benda itu biasa alah bisa tegal biasa. Setakat mana tahap gurauan seseorang tu, biarkan jelah sebagai gurauan selagi ia tidak mengaibkan diri sendiri, keluarga sehingga menjatuhkan maruah kita dan orang lain. Walau pun begitu sesekali kita kena juga tegur mereka secara berhemah, supaya benda ini tidak berlarutan sampai bila-bila. Masing-masing ada harga diri, jadi jagalah sebaiknya.

Sesungguhnya aku percaya sepertimana Sabda Rasulullah S.A.W ini.. setiap manusia itu ada balasannya:

“ wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka ALLAH akan mengintip keaiban dia dan akan mendedahkannya, meski pun berada dalam rumahnya sendiri “ Abu Daud

Sedikit kepelikan sifat aku ini boleh dikatakan sedikit berbeza dari orang lain. Entah bagaimana dan bila ia menjelma tetapi aku sangat suka sifat ini kerana menjadikan aku lebih bersyukur dan mengerti aku ini makhluk tuhan yang sama dengan orang lain. Sifat tersebut aku namakan sebagai “pemerhati tingkah laku manusia”.

Dulu sepanjang aku belajar dan bekerja aku suka memerhati sifat seseorang sebelum aku betul2 berkawan rapat dengannya. Sebagai contoh kawan seorang pemarah. Aku melihat apa yang menyebabkan dia suka marah dan sebagainya. Kawan cepat terasa, aku perhatikan dari setiap langkahnya.. bahagian mana dia cepat terasa, n perkataan apa yang dia tidak suka. Dari situ kita boleh mengambil langkah berhati- hati apabila kita bergaul dengannya.

Tidak kurang juga ada sesetengah kawan ku seorang yang “HATI BATU”. Katalah macam mana pun kat dia, memang tidak akan memberikan kesan kepadanya, last-last kita juga yang kena balik. Mesti anda pun ada kawan yang sebegini kan. biasalah di mana – mana pun ada. Cuma terpulanglah kepada kita cara kita berkawan dengan mereka-mereka ini. Jadikan diri kita se’fleksibel’ yang mungkin.

Mengikut kata pakar, remaja yang berumur antara 18-22 belum lagi matang. Walau pun bergelar seorang mahasiswa/I, tetapi keterasaan/’touching’ dalam dirinya kadang-kala sukar diterima. Malah macam kanak-kanak. Aku tahu dan faham sebab aku pun penah melaluinya. Ia adalah proses perolehan pertukaran jiwa kurang matang kepada dewasa. Jadi hadapilah ia dengan tenang dan sabar.

Walhal dibandar besar seperti KL aku suka berjalan keseorangan menaiki KTM, LRT, Komuter dan sebagainya melihat ragam manusia. Kadang kala aku sengaja singgah di Mid Valley, duduk di bangku tersedia, menjilat askrem Rm5.00 sambil memerhati tingkah laku manusia seperti ‘couple’, kumpulan remaja, family, rakyat tempatan dan tak kurang juga rakyat asing. Kata orang cuci mata. . J

Tapi ak sering berfikir mengapa awek yang begitu lawa memilih pakwe yang besar gedempal, tak hensem. Sedangkan dia mempunyai peluang yang lagi baik dengan kecantikan yang dia miliki. Ibu bapa yang berjalan dengan anak-anak yang comel serta lelaki kacak dengan aweknya yang tidak semenggah mana.

Itulah lumrah manusia, hati, perasaan mereka masing-masing. Rupa dan bentuk bukan menjadi penghalang utama lahirnya rasa cinta mereka. Unik kan?...

Dan jika ada dikalangan rakan-rakan anda meminta sebarang pandangan dan nasihat, cubalah melayani mereka dengan baik, jadilah pendengar yang bijak baginya walaupun hanya untuk seketika. Jangan kita cepat menberikan hukuman walaupun terang dan nyata dia berada di pihak yang salah. Berilah kata-kata yang berhemah n nasihat dan imbangi kesan dan kebaikan di kedua-dua belah pihak. Sesungguhnya ia akan lebih meredakan hati dan perasaanya. Jadilah pendengar yang baik, sesungguhnya anda akan lebih merasa bahagia.

Comments

Popular posts from this blog

Telinga Tersumbat ? ?... hilang nikmat!!

Semalam selepas berbuka puasa saje tengok2 barang kat almari kabinet dapur umah tgk apa yang ada. Then terjumpa putik kapas dlm plastik. Ada la dalam 5, 6 batang. So tetiba tangan ni terasa gatai la plak nak mengorek telinga. Bila ingat2 balik last korek rasa nya setahun yang lepas..kuikuikui. :-P. Jadi tanpa membuang masa ak pun terus la menerjah ruang dalam telinga kanan ak dengan putik kapas tersebut. Masuk sebatang rasa bangga jap. Yer lah tgk sisa2 tahi telinga yang melekat kat putik kapas tersebut banyak kau.. Yela dh stahun tak korek kan.. Haha... Lepas tu ak masuk lagi sebatang n then tetiba telinga terus senyap. Berdengung je. Dengar bunyi pun mcm dengar tak dengar je.   ( putik kapas xelok korek telinga ) Ah sudah ak, korek punya korek lagi tak jalan jugak. Letak air pun xjalan. Hati dah risau takut jadi pekak. Xnak la muda2 lagi dh pekak. Dh la nak kawin xlama lagi. Xpasai nt org ckp pengantin baru pekak......hah! Tak nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! Malam tu terus

Cuci Telinga Tersumbat? Kembali Nikmat? bhg.1

Assalamualaikum W.B.T Ya Allah lama sungguh tak kemaskini blog ni. dah hampir 4 tahun. mesti dah beranai -anai gamaknya..  setiap kali masuk bulan puasa je mesti post aku pasal Telinga Tersumbat?.. Hilang Nikmat?? akan naik balik.. haha rupa - rupanya masih ramai lagi mengalami masalah yang sama dengan aku kot..  aku jadi syok balik bila ramai yang komen2 pasal telinga mereka yang tersumbat, nak buat macam mana, dah la puasa.. batal ke nanti dan so on...  terasa "di hargai' pulak bila orang duk komen2 minta pendapat seolah - olah aku ni 'pakar' dalam bab itu, hakikatnya aku pun noob jugak sebab bukan bidang aku tu.. tapi aku melayan sahaja sebagai kawan2 dan sebagai manusia yang pernah sebaris mengalami masalah yang sama :D  untuk post kali ni julung - julung2 kali nya aku nk buat 'survey' ada tak yang nak tau cara-cara kita cuci telinga yang tersumbat sendiri? supaya kembali bernikmat sendiri? alat apa nak guna? berapa kos dan sebagainya?  kala

Pengucapan Awam .. Public Speaking

Salam… ni adalah pengalaman ak yang ak nk kongsi semasa ak menghadiri kursus induksi di akademi audit di nilai bulan 2 aritu.. antara bnyak2 tajuk ak sengaja memilih tajuk ni sbb ak rasa dekat di hati, lagipun ak suka buku2 motivasi ni, so bila dekat di hati.. senang lah kita nk cari point n laksanakan tajuk yg diberi dengan jayanya..insyallah… Tapi ak mgaku gak r tajuk ni susah.. sbb hanya org yang boleh mendalami maksud tersirat je boleh cari point..kalau tak kelaut lah… hoho.. apa yang penting adalah buat research sebaik mungkin.. sekarang ni semua maklumat di hujung jari je.. senang je kan… Antara yg ak buat ialah mendengar pemidato2 negara yg hebat.. pelajar2 Universiti yag banyak je videonya dalam internet, dan dari situ kite boleh cedok sedikit sebyk idea yg MANTOP!! Dri mereka. tajuk yang ak pilih ialah… Menyelami komunikasi minda, jika sesiapa nk copy or guna utk buat pengucapan awam dipersilakan.. tapi sila link semula ke blog sy yer.. tq. . ~MENYELAMI KOM