Skip to main content

Pengucapan Awam .. Public Speaking


Salam… ni adalah pengalaman ak yang ak nk kongsi semasa ak menghadiri kursus induksi di akademi audit di nilai bulan 2 aritu.. antara bnyak2 tajuk ak sengaja memilih tajuk ni sbb ak rasa dekat di hati, lagipun ak suka buku2 motivasi ni, so bila dekat di hati.. senang lah kita nk cari point n laksanakan tajuk yg diberi dengan jayanya..insyallah…

Tapi ak mgaku gak r tajuk ni susah.. sbb hanya org yang boleh mendalami maksud tersirat je boleh cari point..kalau tak kelaut lah… hoho.. apa yang penting adalah buat research sebaik mungkin.. sekarang ni semua maklumat di hujung jari je.. senang je kan…

Antara yg ak buat ialah mendengar pemidato2 negara yg hebat.. pelajar2 Universiti yag banyak je videonya dalam internet, dan dari situ kite boleh cedok sedikit sebyk idea yg MANTOP!! Dri mereka.

tajuk yang ak pilih ialah… Menyelami komunikasi minda, jika sesiapa nk copy or guna utk buat pengucapan awam dipersilakan.. tapi sila link semula ke blog sy yer.. tq..

~MENYELAMI KOMUNIKASI MINDA~

“ bissmillahiroh manirrohim……

Hadirin hadirat, tuan2 dan puan2 yang saya kasihi sekalian. Andai patah sayap rajawali, bertongkat jua saya kemari, bukan kerana ingin mencari calon isteri tetapi untuk membawa anda bersama-sama memahami, mendalami suatu modul yang berbunyi “MENYELAMI KOMUNIKASI MINDA” dari perspektif saya sendiri.

Sekalung aprisiasi saya hulurkan buat saudara pengerusi, kombinasi kehakiman bervisi, para pensyarah akademi audit Negara, seterusnya rakan-rakan seperjuanganku sekalian.

Assalamualaikum…w.b.t.. dan salam satu Malaysia. Apa khabar anda semua? Alhamdulillah semoga baik-baik belaka.

Tuan2/puan2..

Apakah yang anda faham apa itu komunikasi minda? Pernahkah kita berkomunikasi dengan minda kita sendiri walaupun hanya 1 kali dalam sehari?

Mengikut kamus dewan komunikasi minda adalah;

“ilham dan imaginasi seseorang melalui desakan minda dan perasaannya. Kemudiannya ia diterjemahkan dalam pelbagai bentuk seperti tulisan, kesenian, pergerakan dan sebagainya”

Sebilangan orang beranggapan apabila kita berkomunikasi bersendirian kita akan di anggap gila. Ia harus diubah sekiranya kita ingin terus maju kehadapan.

Tuan2/puan2 sekalian..

Didalam modul ini saya akan kupaskan kepada 3 perkara iaitu,

Maka saya mulakan yang pertama iaitu keajaiban tenaga minda.



Selalukah kita setiap pagi apabila kita bangun sahaja dari tidur, kita pandang diri kita dalam cermin dan bertanya pada diri kita;

“apa aku mahu lakukan hari ini, kemanakah hala tuju ak hari ini” dan sebagainya.

Apabila kita melakukan ini sekaligus minda kita akan bertenaga untuk mengerakkan anggota badan kita amnya bagi melaksanakan apa yang telah kita nyatakan tadi.

Mengikut pengalaman saya sewaktu zaman muda – mudi persekolahan SPM dahulu, saya tiap2 hari bercakap pada diri sendiri . MENGAPA? MENGAPA? MENGAPA? Kawan ku lebih berjaya dari ku, apa formulanya. Kemudiannya saya niatkan dalam hati saya mahu terus berjaya seperti mereka dan cemerlang dalam peperiksaan. Seterusnya saya terjemahkan dalam bentuk tulisan dan saya jadikan itu sebagai matlamat. Hasilnya inilah saya sekarang!.

Apabila tenaga minda digunakan dengan sebaiknya, keajaiban semestinya akan muncul tanpa di sangka-sangka.

Kedua ; minda positif dan negatif.


Setiap orang tidak terkecuali dari minda positif mahupun negative. Secara mudahnya cuba fikirkan jawapan kepada teka-teki saya ini,

“ benda apakah turun lambat, naik cepat?

(tanya pada audiens bgi dorg jwb dulu kmudian bru bagi jwpan:HINGUS)

Mungkin sebilangan orang akan terfikirkan jawapan yang tidak sepatutnya dalam erti kata lain ‘pemikiran kuning’ sedangkan segolongan lagi akan berusaha mencari jawapan yang sebetulnya.

Kajian internet yang saya lakukan menjumpai satu peristiwa yang mana dalam satu slot motivasi, seorang motivator meminta seorang peserta naik ke atas pentas dan diminta mendepakan sebelah tangan (spt dlm gambar) kearah motivator tersebut sambil berkata dalam hatinya

“ak lebih kuat dari kamu”

sekali sahaja. Kemudianya meminta peserta tersebut menahan tolakan motivator tersebut dan ternyata tangan itu tidak dapat dijatuhkan.

Kemudiannya beliau menyuruh peserta melakukan perkara yang sama tadi tapi berniat di dalam hatinya,

“aku lebih lemah dari kamu sebanyak 21 kali”.

Hasilnya dengan mudah tangan itu dapat di jatuhkan.

Inilah dikatakan kuasa komunikasi minda. Sekiranya minda kita positif insyallah tiada apa yang mustahil tetapi sebaliknya tubuh dan akal kita kan menjadi lemah.

Ketiga : budaya mentaliti minda

(gambo kedua di atas)

Kebudayaan kita selalunya mempengaruhi mentaliti minda. Kita seringkali di sogokkan bahawa mak tiri dalam drama2 seorang yang garang, kejam dan sebagainya. Walaupun hakikatnya tidak semuanya begitu.

“Baiklah cuba teka saya anak ke berapa?”

Berapa orang mengatakan saya anak sulong dan berapa orang meneka sebaliknya. Saya sebenarnya anak bongsu dari 8 orang adik beradik. Mungkin ekspresi wajah saya yang agak serius ini sering kali di salah ertikan.

Mengikut kajian yang saya lakukan rata-rata beranggapan apabila seseorang itu anak sulong semestinya seorang yang garang, tegas dan sebagainya. Manakala anak bongsu pula dikategorikan dengan sifat-sifat yang lemah seperti manja, mahukan lebih perhatian, apa yang nak semua dapat. Sedarkah kita sebenarnya anak sulong kadangkala lebih manja dari adik bongsunya. Setuju kah dengan saya?

Budaya mentaliti minda masyarakat kita perlu diubah dan bermula dari kita. Jangan jadikan budaya mempengaruhi komunikasi minda kita.

Kesimpulannya. Minda kita adalah hak milik kita. Kita lah seharusnya yang mencorakkannya samada untuk menciptakan keajaiban tersendiri, positif mahupun sebaliknya.

Saya akhiri dengan serangkap pantun;

Si kuntum bunga menanti kumbang tiba,

Mawar mewangi bersri-seri nun di sana,

Komunikasi minda ilmu berguna,

Cintailah ia dengan sepenuh jiwa dan raga.

Assalamualaikum ..w.b.t… sekian terima kasih.


Comments

  1. boleh saya amik isi awk sebagai pengucapan umum saya?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Telinga Tersumbat ? ?... hilang nikmat!!

Semalam selepas berbuka puasa saje tengok2 barang kat almari kabinet dapur umah tgk apa yang ada. Then terjumpa putik kapas dlm plastik. Ada la dalam 5, 6 batang. So tetiba tangan ni terasa gatai la plak nak mengorek telinga. Bila ingat2 balik last korek rasa nya setahun yang lepas..kuikuikui. :-P. Jadi tanpa membuang masa ak pun terus la menerjah ruang dalam telinga kanan ak dengan putik kapas tersebut. Masuk sebatang rasa bangga jap. Yer lah tgk sisa2 tahi telinga yang melekat kat putik kapas tersebut banyak kau.. Yela dh stahun tak korek kan.. Haha... Lepas tu ak masuk lagi sebatang n then tetiba telinga terus senyap. Berdengung je. Dengar bunyi pun mcm dengar tak dengar je.   ( putik kapas xelok korek telinga ) Ah sudah ak, korek punya korek lagi tak jalan jugak. Letak air pun xjalan. Hati dah risau takut jadi pekak. Xnak la muda2 lagi dh pekak. Dh la nak kawin xlama lagi. Xpasai nt org ckp pengantin baru pekak......hah! Tak nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! Malam tu terus

Cuci Telinga Tersumbat? Kembali Nikmat? bhg.1

Assalamualaikum W.B.T Ya Allah lama sungguh tak kemaskini blog ni. dah hampir 4 tahun. mesti dah beranai -anai gamaknya..  setiap kali masuk bulan puasa je mesti post aku pasal Telinga Tersumbat?.. Hilang Nikmat?? akan naik balik.. haha rupa - rupanya masih ramai lagi mengalami masalah yang sama dengan aku kot..  aku jadi syok balik bila ramai yang komen2 pasal telinga mereka yang tersumbat, nak buat macam mana, dah la puasa.. batal ke nanti dan so on...  terasa "di hargai' pulak bila orang duk komen2 minta pendapat seolah - olah aku ni 'pakar' dalam bab itu, hakikatnya aku pun noob jugak sebab bukan bidang aku tu.. tapi aku melayan sahaja sebagai kawan2 dan sebagai manusia yang pernah sebaris mengalami masalah yang sama :D  untuk post kali ni julung - julung2 kali nya aku nk buat 'survey' ada tak yang nak tau cara-cara kita cuci telinga yang tersumbat sendiri? supaya kembali bernikmat sendiri? alat apa nak guna? berapa kos dan sebagainya?  kala