Skip to main content

Wooott!! JOm! MasUk Universiti……



Woot2!! Hari ini sudah ramai budak u mendaftar semester baru or budak baru yang baru masuk u dah mula sesi orientasi kat u memana.. antara 3 IPT UitM, Politeknik dan UMT yang pernah ak masuk satu je ak penah graduate yang lelain xsampi kemana terus OUT atas sebab2 tertentu…

Penceritaan ak kali ni bab u plak. Sebenarnya ak dah simpan lama entry ni dlm otak, cuma malas je nk taip ntah kenapa, nak kata busy sangat idok ler.. .. mybe lah kan PERASAN SIBUK!! Kot.. haha macam2…

Ok let go…..

Saban tahun tiap2 kita selalu di sibukkan dengan berita budak2 skull alah budak UPSR, PMR dan SPM nk ambik exam kan.. bermula lah solat hajat doa2 di bekalkan… ok itu bagus! dan waktu tu lah jugak macam2 ceramah, berita, n maklumat bagai di beritakan kepada si budak2 skull ni. kekadang tu lahir rasa kesian sebab bukan semua info yang di berikan oleh ‘golongan bijak pandai’ adalah BETUL!!.. ak ulang lagi sekali TIDAK BETUL! atau erti kata lain SALAH!!.... meh sini ak explain kan..

Ya dari pandangan aku iaitu;

sejak sekolah lagi kita di ajar, asuh supaya belajar bersungguh-sungguh moga2 exam dapat result best2.. 8A,9A, 11A n wat ever lah kan.. ok bagi aku tahap exam UPSR n PMR memey patut korang budak2 skul fokus je dulu stdy, exam sungguh2 bagi result gempak! After dapat je result PMR korang patut mula fokus hala tuju mana korang nk pergi.. apa cita-cita korang nk jadi kemudian hari nanti…

korang nak masuk aliran apa?........

Aliran Sains Tulen kah? Aliran Sains Sastera kah? Perdagangan kah? Teknik Vokasional kah ? Or Sastera..

Maka mcm2 lah ceramah yang telah di programkan ‘spesel’ utk budak nk masuk form 4 nih… kekdang tu sampai sebulan ada tak masuk kelas lagi….

Masa ni lah kita selalu di beri maklumat yang salah like cikgu2 kat skull selalu gtau, masuk lah aliran sains terjamin masa depan, buleh jadi doktor, pakar2 sains, gaji tinggi dan sebagainya.. sampai satu tahap tu cikgu sendiri merendah2kan pelajar aliran ‘second class’ like sastera, perakaunan, perdagangan dan lelain…

Pernah tak dalam banyak2 ceramah tu cikgu2/kaunseling membincangkan atau memberitahu

jika

“Anda memilih aliran sains misalnya, fokus berapa ‘A’ anda mahu n berapa pilihan kos yang bakal anda perolehi dan peluang pekerjaan apa yang bakal anda pohon dan miliki di kemudian nanti seperti doctor, saintis or wat ever..

Atau jika

Anda memilih aliran perakaunan misalnya, berapa ‘A’ anda patut fokus dapat, pilihan kos yang bakal anda dapat seperti perakaunan, perbankan dll serta pekerjaan apa yang bakal anda pegang seperti akauntan, juruaudit dsbnya.. “

Mahu jelas sila lihat contoh gambar di bawah…

(nt ak update blk pic)..


Setahu ak sejak ak habis SPM tahun 2003 hingga la tahun ni, TIADA lagi program sebegini rupa di rencanakan di sekolah2 , walhal ianya bagus untuk masa depan anak2 kita amnya.

sebenarnya adik2 oii bukan di skull bermulanya kisah kehidupan korang, ianya proses penimbaan ilmu sebanyak mungkin sahaja… peluang menjejakkan Kaki di Menara Gading lah bermulanya kehidupan yang sebetulnya… tapi bukan kisah di IPT fokus ak untuk waktu sekarang.

Jika permulaan pun dah salah rasa-rasa boleh tak korang nk sambung kat IPT, ambik kos korang minat?? Tak lah kan..ambik aliran sains sebab terpaksa, result SPM dpt 8A, tapi minat kurang.. last2 dapat kos cikai… stdy punya stdy bagai nk rak keluar2 menganggur… DAMN!!

Mengganggur satu lagi isu, yang selalu di perkatakan sepanjang tahun tak habis2… sedarkah kita semuanya berpunca dari peringkat awal lagi…

~~….PMR-form 4/5-SPM- pilih kos betul-stdy2- graduate-berkejaya-kawin-last mampus!.. ..~~

Memang bukan semuanya HANYA terletak di bahu Guru-Guru shaja walhal paksaan ibu-bapa juga menjadi salah satu penyebab utama pelajar itu sendiri gagal melestarikan kecemerlangan di peringkat sekolah lagi sehinggalah university. Wlu bagaimana pun maklumat yang utama semuanya bermula di sekolah... kemudiannya bru lah ibu bapa. Di luar bandar guru-guru menjadi perujuk utama tahap mana arah tuju pendidikan anak2 mereka bermula.

Tidak bolehkan pihak2 sekolah atau badan2 NGO umpama nya merangka satu program yang khusus untuk pelajar mencorak langkah hala tuju hidup mereka? Bukan hanya bercakap di ruang kotak, speaker2 mahal semata-mata…

Cubalah turun padang berikan kesedaran kepada anak2 kita.. dunia sekarang bukan mcm dulu… walau berapa ‘A’ sekali pun mereka perolehi.. tunjukkan hala tuju yang betul berdasarkan kemampuan mereka, bukan semata-mata hendak menaikkan nama sekolah sahaja..

Tetapi hakikatnya pelajar2 kita hilang permata tatkala melangkah di Menara Gading..

Pesanan untuk pelajar zaman IT sekarang rajinkan membuat kajian, jangan hanya terpengaruh melalui kata2 org sahaja, luruskan kecemerlangan anda melalui minat dan cita-cita anda itu.

“BUKAN SEMUA BERJAYA TAPI BUKAN SEMUA YANG GAGAL….”

Kita tahu siapa kita sebenarnya..


P/S : untuk pelajar yang tidak mendapat tempat di IPT dan bercita – cita untuk menyambung di IPTS, sila download ‘Panduan Pemilihan Pengajian Tinggi Swasta’ dah buat lah pilihan yang tetap mengikut kemampuan anda. tq

Comments

Popular posts from this blog

Telinga Tersumbat ? ?... hilang nikmat!!

Semalam selepas berbuka puasa saje tengok2 barang kat almari kabinet dapur umah tgk apa yang ada. Then terjumpa putik kapas dlm plastik. Ada la dalam 5, 6 batang. So tetiba tangan ni terasa gatai la plak nak mengorek telinga. Bila ingat2 balik last korek rasa nya setahun yang lepas..kuikuikui. :-P. Jadi tanpa membuang masa ak pun terus la menerjah ruang dalam telinga kanan ak dengan putik kapas tersebut. Masuk sebatang rasa bangga jap. Yer lah tgk sisa2 tahi telinga yang melekat kat putik kapas tersebut banyak kau.. Yela dh stahun tak korek kan.. Haha... Lepas tu ak masuk lagi sebatang n then tetiba telinga terus senyap. Berdengung je. Dengar bunyi pun mcm dengar tak dengar je.   ( putik kapas xelok korek telinga ) Ah sudah ak, korek punya korek lagi tak jalan jugak. Letak air pun xjalan. Hati dah risau takut jadi pekak. Xnak la muda2 lagi dh pekak. Dh la nak kawin xlama lagi. Xpasai nt org ckp pengantin baru pekak......hah! Tak nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! Malam tu terus

Cuci Telinga Tersumbat? Kembali Nikmat? bhg.1

Assalamualaikum W.B.T Ya Allah lama sungguh tak kemaskini blog ni. dah hampir 4 tahun. mesti dah beranai -anai gamaknya..  setiap kali masuk bulan puasa je mesti post aku pasal Telinga Tersumbat?.. Hilang Nikmat?? akan naik balik.. haha rupa - rupanya masih ramai lagi mengalami masalah yang sama dengan aku kot..  aku jadi syok balik bila ramai yang komen2 pasal telinga mereka yang tersumbat, nak buat macam mana, dah la puasa.. batal ke nanti dan so on...  terasa "di hargai' pulak bila orang duk komen2 minta pendapat seolah - olah aku ni 'pakar' dalam bab itu, hakikatnya aku pun noob jugak sebab bukan bidang aku tu.. tapi aku melayan sahaja sebagai kawan2 dan sebagai manusia yang pernah sebaris mengalami masalah yang sama :D  untuk post kali ni julung - julung2 kali nya aku nk buat 'survey' ada tak yang nak tau cara-cara kita cuci telinga yang tersumbat sendiri? supaya kembali bernikmat sendiri? alat apa nak guna? berapa kos dan sebagainya?  kala

Pengucapan Awam .. Public Speaking

Salam… ni adalah pengalaman ak yang ak nk kongsi semasa ak menghadiri kursus induksi di akademi audit di nilai bulan 2 aritu.. antara bnyak2 tajuk ak sengaja memilih tajuk ni sbb ak rasa dekat di hati, lagipun ak suka buku2 motivasi ni, so bila dekat di hati.. senang lah kita nk cari point n laksanakan tajuk yg diberi dengan jayanya..insyallah… Tapi ak mgaku gak r tajuk ni susah.. sbb hanya org yang boleh mendalami maksud tersirat je boleh cari point..kalau tak kelaut lah… hoho.. apa yang penting adalah buat research sebaik mungkin.. sekarang ni semua maklumat di hujung jari je.. senang je kan… Antara yg ak buat ialah mendengar pemidato2 negara yg hebat.. pelajar2 Universiti yag banyak je videonya dalam internet, dan dari situ kite boleh cedok sedikit sebyk idea yg MANTOP!! Dri mereka. tajuk yang ak pilih ialah… Menyelami komunikasi minda, jika sesiapa nk copy or guna utk buat pengucapan awam dipersilakan.. tapi sila link semula ke blog sy yer.. tq. . ~MENYELAMI KOM