Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

Kenali Melalui Perwatakan Luaran S'sorg!

Aku bukannya seorang yang pakar, bukan juga seorang yang bijak berkata-kata tetapi ada juga yang selalu meminta nasihat dariku tatkala menghadapi sesuatu perkara. Alhmdulillah berkat ilmu motivasi yang dibaca boleh juga aku berkongsi dengan mereka yang senasib dengan aku ketika di zaman-zaman dulu. Kata orang setiap gurauan kita ada tahap dan batasnya. Dan semestinya kita mempunyai pelbagai kawan2 yang pelbagai karenah dan ragam. Iyelah manusia itu berbagai ragam dan rupanya. Terpulanglah kepada kita bagaimana cara menghadapinya. Sejak zaman aku belajar di Politeknik hingga lah Universiti macam-macam aku jumpa. Pelbagai ragam yang menjelma ada yang baik ada yang kureng, ada yang cepat terasa dan tak kurang juga yang suka mengata tapi bila terkena balik kepadanya sukar menerima. Aduhai macam2 ragam. Tapi bukan semua yang suke kita, siapa lah kita nak mengadili mereka ni.. ibarat hidup masing-masing, dosa tanggung sendiri. Tak gitu~!! Tapi bagi aku, benda itu biasa alah bisa tegal

Kenali Seseorang Melalui Penulisan

Tulisan. Perkataan. Kata-kata. Ya! Semuanya memberikan maksud yang sama, samada dengan cara yang baik, betul atau berbeza. Ada sesetengah manusia suka memgunakan nya dengan cara berhemah, ada juga secara sindiran tajam menikam. Semuanya memberikan maksud yang sama untuk mencapai sesuatu tujuan yang nyata. Anda pun sama kan! begitu juga saya. Melalui penulisan seseorang juga kita dapat mengenal sedikit sebyk tentang mereka, dengan kata2 apatah lagi kan. sehingga ada yang kata ‘’ kalau nak tau dia tu baik ke tidak tgk la cara bercakapnya”. Ya memang ada betulnya, mungkin juga ada salahnya.. kebiasaan manusia bercakap ‘ikut sedap mulut’ sahaja, walhal dia tak sedar dengan kata-katanya itu menjelmakan HATI sebenarnya juga. Kan begitu? Aku juga sama dengan anda2 semua. Tak terkecuali aku juga seorang yang suka berkata-kata( klu xbisu lah kan), menulis tu kadang kadang2 ikut atas mood. Tetapi aku lebih suka membaca dari menulis, sebabnya aku cepat bosan dengan gaya penulisan dan tulisan